18 Jam Jugak


Yup! 

18 jam jugak perjalanan kami balik Kota Bharu time cuti sekolah yang lepas. Jumaat tu aku tengok dah ramai kereta dan dah jem dah pun. Sekali Sabtu tu pun sama jem. 

Shah Alam ke Plaza tol Gombak pun dah dekat 3 jam. Sangkut dekat Kepong sampai boleh tarik handbrake. Memang betul lebih pada cuti raya oi! 

Sebelum gerak tu pulak kami sempat singgah pekena nasi lemak. Nak dijadikan cerita, tayar terpijak plat apa tah ada skru. Langsung singgah kedai tayar dulu. 

Nasib baik jugak bukan kena dalam jem. Kalau tak, lagi haru dengan ada newborn baby. Apa-apa pun syukur alhamdulillah sebab walaupun lama dalam perjalanan, kami selamat sampai rumah mak ayah jam 2.45 pagi Ahad tu.

Write a comment