Aku tak tahulah kenapa orang Jepun ni sampai sekecil-kecil hal pun dorang mampu terfikir dan buat. Aku ni kalau ikutkan dari zaman sekolah lagi suka alat tulis. Bila masuk kedai alat tulis mesti rambang mata. Belum lagi kedai art supplies... Terus tak terasa masa berlalu.
Bila start kerja dan kerja aku pulak melibatkan banyak menulis, lagilah aku tercari-cari alat tulis yang sesuai. Karakteristik yang perlu ada bagi aku adalah;
1. Praktikaliti dan memudahkan kerja aku.
2. Keselesaan dan ergonomik sebab aku guna lama.
3. Of course lah sedap dipandang.
Bila masuk je zaman smartphone dan akses yang senang kepada internet, aku mula baca dan tonton review atas talian. Rupanya, ada ciri-ciri kecil yang kita pernah terlintas contohnya untuk pensel tekan @ mechanical pencil "Susahnya lead ni asyik habis sebelah sampai tajam, kadang-kadang tercucuk kertas."
Jepun datang dengan sistem dari Mitsubishi pen dibawah barisan UNI, iaitu KuruToga macam pensel tekan bawah ni.
Sistem pada hujung pensel ni yang memutar setiap kali kita menulis membuatkan lead digunakan sekata. Gambar first tadi pulak pen dari ZEBRA bawah barisan SARASA, yang tu bawah siri vintage. Bagus untuk kegunaan orang macam aku yang selalu tulis kecil-kecil dan pegang dekat dengan tip.
Sebabnya, silicon grip dia sampai dekat dengan hujung dan buatkan pen tu jadi selesa sangat untuk aku guna lama-lama.
Baru pen dan pensel. Kalau buat carian online, berlambak ye alat tulis yang over-engineered dan sangat praktikal digunakan sehari-hari.
Ke aku je yang rasa macam tu? Heeee....
Write a comment
Catat Ulasan
Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.