Memaafi tak semestinya melupai. Memaafkan kesalahan orang tak bererti kita melupakan kesalahan mereka... Bukan pula bermakna kita berdendam. Namun supaya kita mengingatinya dan dijadikan sempadan.
Maafkan orang bukan saja untuk orang yang buat kesalahan, tapi lebih kepada untuk hati sendiri agar lebih tenang.
Orang buat jahat, kita maafkan dan kita ingat supaya tidak terkena kali kedua. Jarakkan diri.
Orang tolong tapi mengungkit, maafkan dan usaha balas balik. Ingat sentiasa supaya nanti kita tak minta tolong dari orang yang sama walaupun ditawar. Kita tak sakit hati, dia tak rugi.
Kalau kita ditempat yang menolong pula, ikhlaskan supaya tidak jadi sia-sia.
Imej: Rumah panggung dari Pulau Bintan Kepulauan Riau yang aku lakar merujuk screenshot masa tonton channel youtube Sandal Jepit. Vibe Kedai Buloh zaman dulu² tapi dalam HD.
Write a comment
Catat Ulasan
Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.