Ayam Gepuk; Ringkas, Sedap... Aku Ketagih!


Apa yang membuatkan ayam gepuk ni sedap ye?

Awal-awal dulu (4 atau 5 tahun yang lepas barangkali) aku hairan kenapa orang boleh suka ayam gepuk yang famous tu. Aku pernah cuba di seksyen 13 Shah Alam. Nasi kering, ayam goreng tak ada yang istimewa pun. 

Sambal dia? Ya, sambal dia pedas dan ada perasa sikit. 

But, that's all. Tak adalah tak sedap sampai tak boleh dimakan. Tapi aku rasa ayam penyet di Medan Selera Taman Cahaya hasil air tangan akak dari Indonesia tu berganda-ganda sedap. 

Sehinggalah aku jumpa ayam gepuk lain. Ayam gepuk dekat dengan rumah aku. Simple, kering jugak... tetapi sambal dia pedas dan penuh rasa. Bukan rasa masin atau perasa lain. Aku rasa pemasaan atau mungkin juga teknik memasaknya lain. 

Berulang kali aku bungkus nasi ayam gepuk dari kedai yang sama. Well, bagi yang kenal aku... aku memang macam tu. Kalau dah suka satu jenis makanan tu dari kedai tu, aku akan ulang beli dan consume. Why mending or fix if it is not broken? kan? 

Begitulah prinsip aku bila berkaitan makanan dan kedai makan. 

Pun begitu, lama kelamaan aku jadi naik pelik. Drastik sangat harga makanan sama tu naik. Kalau order melalui aplikasi khidmat pesanan makanan, lagi meninggal harganya. Sekarang ni dah RM20 lebih adek! Mampus.

Slow-slow aku belajar masak sendiri. Noh rokiah! 

Tak adalah susah mana pun. Bahan-bahan pun selalu ada dalam pantri (pantri lah sangat) kat rumah. Start dari tu, aku rasa nak mamam je, aku buat sendiri. Ayam gepuk Wak Khamsi! (Ceh, macam lah kau ada darah Jawa, Khamseeeey!) 

Dan hari ni setelah beberapa kali olah-mengolah. Aku rasa aku dah jumpa sukatan bahan-bahan sambal yang kena dengan tekak aku. Tempoh memasak pun tak lama. Balik kerja, sambil tunggu anak balik sekolah petang pun sempat siap. Tinggal nak goreng ayam je. 

Selagi tak bosan, aku boleh je makan hari-hari. Tinggal orang rumah je lah. Sanggup ke idok? kui kui kui. 

Ulasan

(1)

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.