'Driven' di Dalam Memupuk Semangat Bekerja


Bersembang soal "driven" dalam bekerja dengan manager aku dua tiga hari lepas. 

Dia tanya "Khamsi, what's your driven in this current work?"

Susah untuk aku jawab. Pertama, susah untuk aku jawab dalam Bahasa Inggeris sebab dah lama tak berbual dalam bahasa tu secara harian. Dekat tempat kerja sekarang, selepas beberapa tahun... barulah banyak menggunakan Bahasa Inggeris. Masa kerja dengan Muhammad Abdul Muhaimin Mamat dan Syafiq Yusof baru-baru ni pun tak diguna sangat kecuali bila mencarut. 

Kedua, jawapan kepada open-ended question tadi ternyata tidak hadir apabila ditanya secara spontan. Mungkin saja aku sendiri tiada jawapan yang pasti. 

Belum aku mula menjawab, dia sambung. "I think you are like me. Actually, I'm not pushing myself to a higher position. I just want to be present. Doing my best in every task given. True or not?"

Sudahlah dibagi open-ended question. Dia ajak aku berfikir pula. Secara jujurnya. Selepas apa yang aku lalu tiga empat tahun ni. Aku pun dah tak fikir sangat soal "driven". Apa yang ada di mata, aku hadap je. Buat sebaik mungkin. 

Dalam kepala, aku duk nampak umur pencen, buka kedai makan tengahari, membimbit kamera ke mana-mana. 

Atau seperti kata-kata Cooper kepada anaknya, Murphy di dalam Interstellar, "After you kids came along, your mom, she said something to me I never quite understood. She said, "Now, we're just here to be memories for our kids." I think now I understand what she meant. Once you're a parent, you're the ghost of your children's future."

Ataupun adakah aku sekadar menunggu epiphany yang entah bila akan menjengah dan menjerit "SURPRISE!"

Aku pun tak tahu.

Write a comment