Kepentingan Membuat Pemeriksaan Kesihatan

Baru-baru ni saya akhirnya membuat pemeriksaan kesihatan menyeluruh selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda semua bila last buat pemeriksaan kesihatan? Penting untuk kita selalu memeriksa tahap kesihatan tubuh badan kita. 

Macam saya, sebelum ni memang rasa cergas sahaja. Kalau ada sakit sekalipun, sekejap-sekejap saja terus baik. Tapi itulah, kita ni agak-agak saja. Nak kepastian kena buat pemeriksaan kesihatan di pusat-pusat perubatan yang disahkan. Kita rasa kita sihat, tapi kita tak tahu yang sebenarnya tahap kesihatan kita tidak di dalam keadaan yang optimum.

Tengoklah keputusan ujian darah saya. Terkejut juga dengan tahap kolestrol tak baik dalam darah. Tingginya dah lebih banyak dari tahap yang sepatutnya. Bermula dari saat ini memang kena jaga betul-betul lah pemakanan dan gaya hidup saya. Doktor pun dah suruh ambil ubat juga. 

Pengesanan Awal Masalah Kesihatan

Lepas dapat keputusan ujian darah, barulah saya sedar betapa pentingnya membuat pemeriksaan kesihatan berkala. Ini kerana dengan melakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh ni, kita dapat mengesan masalah kesihatan lebih awal. Dengan ini, kita dapat merancang dan menyusun balik gaya hidup dan pemakanan kita bagi mengelakkan masalah lebih teruk di kemudian hari. Worst case, boleh kojol! 

Apakah Penyakit Yang Boleh Dikesan Dengan Melakukan Pemeriksaan Kesihatan?

Antara penyakit lazim yang dapat dikesan seperti tekanan darah tinggi, diabetes, kolestrol dalam darah, keadaan tyroid, pengesanan awal pra-kanser, pengesanan awal kesihatan payudara, perubahan dalam keadaan kesihatan dan gaya hidup. WHO juga beritahu yang 80% penyakit jantung pramatang dan strok dapat diubati. Jadi, sebaiknya buat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan tanda-tanda awal. 

Membuatkan Kita Lebih Berwaspada Tentang Tabiat Baik Dan Buruk

Kesihatan merupakan kekayaan kita! Pemeriksaan kesihatan bukan sahaja untuk memberi maklumat tentang penyakit-penyakit yang berpotensi menyerang kita, malah ia menunjukkan tabiat baik yang kita harus teruskan. Contohnya, jika anda adalah seorang yang mengawal pengambilan gula, jaga pemakanan dan selalu bersenam, laporan kesihatan akan menunjukkan hasil daripada usaha yang kita lakukan. Jika sebaliknya, laporan kesihatan juga menunjukkan hasil daripada tabiat buruk yang kita amalkan. 

Membuat Kita Lebih Bersemangat

Apabila laporan kesihatan kita cemerlang, secara automatiknya kita akan lebih positif, berasa lega dan keyakinan diri juga bertambah. Dengan ini, kita akan meneruskan gaya hidup sihat yang sentiasa amalkan. Lagipun, sikap positif kita akan membuatkan kita kekal gembira dan menaikkan semangat di rumah atau di tempat kerja. 

Kesihatan merupakan aset terpenting yang setiap orang ada. Jangan biarkan rutin sibuk dan tabiat kita merosakkan tubuh badan dan jiwa kita. Kerana semua ni menjadi faktor kepada penyakit kronik dan penyakit yang kita belum jumpa penawarnya. pastikan kita melakukan pemeriksaan kesihatan selalu, makan dengan sihat, jauhi tabiat dan gaya hidup yang buruk, bersenamlah selalu dan sentia memerhati dan cegah sebelum mengubati. 

Kita tak akan pernah menghargai kesihatan kita kecuali lepas sembuh daripada sesuatu penyakit. Itupun kalau sembuh, kalau tak sembuh macam mana? Tiada seorang pun yang kenal tubuh badan dan gaya hidup kita melainkan kita sendiri. Jadi, jagalah kesihatan masing-masing ya!

Ulasan

(3)
  1. memang penting kerap buat pemeriksaan kesihatan ni sebab yala umur pun makin lama makin meningkat, kan..apa2 pun semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat kita..

    BalasPadam
  2. Kalau dah masuk umur 40 tahun ke atas kalau boleh buatlah pemeriksaan 6 bulan sekali. Selain daripada kolestrol jahat yang kadang susah nak tahu sesekali buat check up untuk jantung juga. Sebab sekarang ramai yang meninggal secara mengejut disebabkan serangan jantung.

    BalasPadam
  3. Saya pun buat pemeriksaan kesihatan bulan 12 tahun lepas. Tahun ni Insha Allah nak pergi lagi. Skrg tengah berusaha jaga kesihatan sbb tekanan darah agak tinggi sekarang.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.