Ibarat Tikus Membaiki Labu


Ibarat tikus membaiki labu. Begitulah kot KA. KA cuba nak install lebih banyak widget untuk blog foblografi. Yang cerdiknya, dah tahu tak mahir, nak jugak buat semua sendiri. 

Silap KA juga tak back-up template asal. Duk edit HTML sini edit sana, lepas save langsung kosong. Nak revert balik kepada kod asal dah tak boleh sebab lepas save tu KA ada benda urgent dan tinggalkan laptop sampai bateri habis. 

Bila sedar je, buka laptop, buka blogger dah tak boleh revert. Nasib baik content sikit lagi dan pernah back-up dua tiga hari lepas. Boleh upload ke blog stanzaku ni. 

Jadi, sehingga KA dapat repair balik. KA lepak kat stanzaku je lah dulu. Sekarang ni KA nak fokus melayan keluarga di kampung dulu. Minggu ni di Chenor, kampung isteri. Minggu depan insyaAllah KA akan berada di Kelantan. 

Percaya atau tak, kalau jadi insyaAllah... tahun ni lah pertama kali KA akan berpuasa di kampung belah KA selepas 6 tahun. Terakhir bepuasa di kampung sendiri adalah pada tahun pertama kami nikah.

Bukan masalah berebut turn ke apa. Tapi sebabkan wife kerja shift dan susah nak dapat cuti panjang. Kalau nak balik Kelantan, kurang-kurangnya kena cuti 4 hari baru tak mengah. Bila ada anak kecil, perjalanan 6 jam pun boleh jadi 9 ke 10 jam. 

Rakan blogger yang tinggalkan komen, nanti KA balas satu-satu ye blogwalking. 

Ulasan

(12)
  1. Tikus baiki lagu tu... uncle lah tu...


    hahahha

    BalasPadam
  2. aduh sedih juga kalau macam tu kan. selamat berpuasa KA. semoga ramadan kali ini membawa 1001 keberkatan buat kita semua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe lah kan. Mungkin nanti akan jadi lebih cantik dan baik.

      Padam
  3. Nasib baik baru sikit. Lepas ni kena belajar dulu lah baru edit. Harap dapat bercuti dan berpuasa di kampung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu lah. Takpe lah. Blog ni pun masih ada untuk berkongsi apa-apa.

      Padam
  4. Sebelum edit kena backup siap-siap. Jenuh kalau dah salah edit nak betulkan semula. Semoga dipermudahkan segala urusan. Seronok dapat berpuasa dan berbuka dengan keluarga di kampung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Seronok sungguh. Dah lama tak merasa kan.

      Betul sangat. Menyesal tak backup siap-siap.

      Padam
  5. mcmnkes sy dulu laa gatai tangan usil sana sini����

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tak kita buat geng gatal tangan? Hahaha

      Padam
  6. belajar dari kesilapan bro...its okay.

    selamat menjalani ibadah puasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Terima kasih dan selamat berpuasa.

      Padam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.