5 Cara Yang Praktikal Untuk Menggalakkan Tabiat Kreatif

KA tahu terdapat banyak video & blog macam mana untuk menggalakkan tabiat atau habit kreatif yang lebih fokus pada pendekatan yang lebih berfalsafah atau mendalam. KA setuju sangat dan rasa ia suatu penyelesaian jangka masa panjang yang sangat bagus. 

Namun bila difikirkan apa yang KA perlu buat untuk result segera dan jangka pendek? Ada ke apa-apa yang boleh kita buat yang berpotensi membuahkan hasil lebih awal? 

Secara peribadi, KA rasa ada elemen praktikal yang besar yang benar-benar boleh membantu KA mendapat keputusan yang cepat dan dalam entri ini KA nak kongsi dengan anda 5 perkara yang KA buat bila-bila je KA berasa kekeringan kekreatifan (boleh ke guna perkataan macam ni:P), atau secara umummnya boleh dikatan mind block!


Terdapat banyak definisi tentang apa itu kebiasaan kreatif. Bagi KA, benda ni lebih kurang kita tahu dan kita suka buat sesuatu tu, tapi entah macam mana otak dan jiwa masa tu macam tak allign. KA rasa apa yang KA kongsi ni akan bermanfaat untuk segala aspek kreativiti termasuklah menulis, melukis, fotografi, pertukangan dan lain-lain.


Melakukan Kebanyakan Kerja Penting Pada Waktu Pagi


KA tahu benda ni paling susah nak-nak orang macam KA yang suka bertangguh dan KA rasa KA ada mild ADHD, kalau tak plan betul-betul macam nak buat semua sekali dalam satu masa dan terlupa benda penting. KA juga faham yang peluang dan ruang untuk membuat semua perkara pada sebelah pagi bukan keistimewaan yang ada pada semua orang lebih-lebih lagi yang ada pekerjaan, anak atau keperluan kehidupan hakiki yang lain.

Walau bagaimanapun, jika kita ada sedikit fleksibiliti maka KA sangat-sangat rekemen untuk buat perkara-perkara dan kerja penting pada waktu pagi walaupun hanya berpeluang sekali dalam seminggu.

Bukan apa, sepanjang masa berjalan untuk sehari tu, kebanyakan fokus kita dan tenaga kita akan dihabiskan untuk benda lain dan kemungkinan besar pada penghujung hari, kita dah lemau. Oleh itu, kalau kita dah keletihan selepas hari yang panjang dan baru nak duduk untuk melakukan kerja kreatif kita sebelum tidur, kita mungkin dah takde semangat yang sama berbanding dengan masa awal-awal lepas bangun pada waktu pagi. 

Dalam fotografi pun KA selalu tanya soalan ni kat diri-sendiri, kenapa tak ambil masa sehari dalam seminggu bangun pagi untuk photo walk dan edit-edit gambar ke menulis ke sambil minum pagi? Alhamdulillah, sekarang KA ambil masa sedikit selepas anak-anak tidur untuk listkan apa yang KA nak buat awal-awal pagi esoknya, bangun pagi antara selepas subuh dan sebelum ke tempat kerja... masa ni lah KA uruskan anak-anak kalau wife kerja pagi atau malam dan curi masa mencari ilham dan buat apa-apa yang KA suka.


Tidur, Makanan & Bersenam


KA sengaja letak tidur, makan dan bersenam dalam satu point sebab 3 perkara ni berkaitan antara satu sama lain. Secara jujurnya kalau kebiasaan bersenam kita cumalah bangun dari katil dan ke bilik air, diet pula makanan segera dan tidur malam pun tak sampai 5 jam, memang patutlah gone kita punya mood kreatif. 

Kalau anda macam kat atas, KA sangat amazed lah kalau anda ada tenaga yang cukup untuk buat apa-apa dengan fokus. Secara seriusnya, kita tak boleh terlepas pandang keperluan asas ni. Jika kita menjaga badan kita, maka kita akan dapat lebih berfikir dan buat kerja kreatif secara berkesan. KA secara peribadi rasa antara 7 dan 8 jam tidur yang nyenyak setiap malam, sekurangnya satu jam bersenam setiap hari dan makan makanan yang segar dan berkhasiat sangat membantu.

Walaupun ini bukan blog kesihatan, tapi KA rasa point ni adalah suatu keperluan asas kita sebagai manusia untuk meneruskan hari-hari mendatang.


Mengubah Rentak dan Gerak Kerja


Perubahan sangat diperlukan (termasuk perubahan wakil rakyat... ooops) walaupun ianya bersifat sementara terutamanya perubahan yang apa orang cakap, menongkah arus. Malah kalau kita ubah  sesuatu yang kecil pun dapat bagi kesan yang mendalam sebab benda ni boleh mengubah suatu pengalaman lazim kita menjadi sesuatu pengalaman yang baru. Kat bawah ni ada contoh yang KA terapkan juga.

Jika KA kebanyakannya ambil gambar jalanan (street photography), sesekali ada juga ambil gambar benda lain. Benda ni boleh refresh KA punya idea dan inspirasi untuk lebih kreatif. contohnya ambil pemandangan yang saujanan mata memandang di pantai-pantai, kalau tak pun pergi ke bandar-bandar yang KA belum sampai lagi.

Kalau yang selalu mengedit gambar, edit website dekat rumah atau dekat pejabat, cuba bawak laptop dan cari kedai kopi yang best dan luangkan masa sejam di sana untuk buat kerja dalam persekitaran yang berbeza. Atau mungkin tepi pantai atau dalam taman? Kalau blur jugak, cuba buat benda yang kita biasa buat berseorangan, kita buat berkumpulan. Kalau dalam fotografi, tinggalkan kamera dan berjalan je bawak telefon pintar. Sebab keupayaan telefon pintar sekarang pun bukan calang-calang.

Bukan apa, sebagai ahli masyarakat terutama Malaysian, KA rasa kita takutkan perubahan, padahal perubahan selalunya datang dengan kemajuan berfikir dan sudut pandang lain yang sangat berguna.



Kecilkan Bahagian Sesuatu Tugasan

KA pasti semua yang baca ni ada galeri gambar dalam telefon yang ada beribu atau berpuluh ribu gambar kan? Pernah terfikir tak untuk tapis?

Setiap kali nak tapis kita tengok jumlah gambar yang ada dalam galeri sampai berpuluh ribu terus rasa down kan?

Macam tu lah jugak kalau KA keluar dan ambil gambar menggunakan kamera digital. Masalah kamera digital ni itu satu, kita main tekan je shutter... tahu-tahu dah beratus kalau tak beribu gambar yang kita ambil. Balik je rumah dengan beratus gambar nak kena tapis dan keluarga pula nakkan perhatian kita. Sudahnya sebulan pun belum tentu tapis.

Apa yang KA buat adalah, ada masa terluang je KA bahagikan dalam 30-40 keping gambar untuk ditapis dalam satu-satu masa. Sama macam guna kamera filem 35mm yang ada 36 exposure. Dengan cara ini, otak pun tak stress sambil buat benda lain pun boleh edit atau buang mana yang patut.


Jadilah Realistik


Point yang last ni memerlukan kita mempunya kesedaran diri yang tinggi. 

Jika kita masih berasa lemau dan hilang fokus, kita tengok balik adakah ada benda lain yang lebih penting untuk kita berikan keutamaan? Atau ada banyak benda besar yang berlaku dalam hidup kita pada masa tu. Atau kita sekadar sangat penat. 

Kalau kita contohnya baru hilang pekerjaan, kehilangan orang tersayang, tak sihat maka keutamaan harus diletakkan pada perkara tersebut dahulu. 

Ini kerana kalau kita tambah kekusutan kerja kreatif kita dan dalam masa yang sama duk hadapa benda-benda tu, kita hanya menambahkan lagi kekusutan yang nyata. Tak percaya try lah!

Jadi, tak salah kalau pinggirkan sekejap hobi atau kerja kreatif kita untuk deal dengan perkara yang lagi penting. Ini bukan nak suruh berhenti atau give-up ya, ini kalau orang Kelantan cakap ambik lajak untuk melancarkan diri kita menjadi lebih umphh dan mendapat hasil yang lebih berkualiti. 

Kesimpulan

Point-point kat atas ni apa yang KA telah buat dan masih buat jika KA tengah mind-block atau rasa lemau. Sekurang-kurangnya menjadi lah juga untuk KA. 

Kalau anda rasa boleh guna pakai, silakan. Kalau ada yang nak perbetulkan pun boleh drop komen kat bawah ya. Semoga kita kekal kreatif dan bersemangat!

Semua gambar dalam entri ni KA ambik guna Yashica MG-1 (rangefinder camera) dan menggunakan Kodak Colorplus 200, 400 dan Fujicolor 200 dan light edit pakai Photsocape je. 

Ulasan

(2)
  1. Tidur, OK
    Makan, OK
    Bersenam, Tak OK

    hehehehe

    BalasPadam
  2. Cantik berseni gambar-gambar KA untuk entri ini.
    Ubah rentak dan cara bekerja tu bagus kan... kita cuba buat perubahan, cuba berfikir di luar kotak.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.