Reallabs Tofu Litter; Pasir Kucing yang Memudahkan

Sejak Simba dan Loki kami jadikan anak angkat, kami dibekalkan oleh Patrick Tofu Litter dari Reallabs ni. Sejujurnya KA tak ada lah mahir sangat bab kucing... tapi tofu litter yang ni memang sangat best. 


Pertama sekali tentunya kerana tofu litter ni punya clumping (menggumpal) power dia terbaik. Dorang kencing je terus tofu litter bergumpal. Berak pun sama. Lepas berak, kucing akan kambus najis dorang. So, memang elok je bergumpal. Bila dah elok bergumpal, bau pun hampir tiada. 

Bagi newbie pet-parrent macam KA, kena ingat tau... litter yang berasaskan tofu, pinewoood dan kertas sahaja yang boleh disimbah ke dalam salur pembentungan. Bab ni sangat memudahkan sebab kita boleh angkut je litter box ke tandas, tapis dan buang najis-najis anak bulus ke mangkuk tandas.

Sebelum ni ada letak pinewood pallet juga dalam sangkar. Tapi bila anak bulus kencing, bau dia masih kuat. Sekarang ni pulak dua-dua anak bulus tu tak suka sangat dah duk dalam sangkar. 

Yang bestnya jugak tofu litter dari Reallabs ni sebab anti-bacterial. Kucing bukan macam kita manusia ni pandai cuci tempat berak sendiri. Paling pandai pun dia timbus je najisnya. So, faktor ni sekurangnya dapat mengurangkan risiko dari dorang dijangkiti penyakit-penyakit yang berkaitan. 

Sebenarnya tofu litter dari Reallabs dalam kotak macam ni ada dua jenis. Satu palet kecil dan satu lagi macam yang KA beli ni, bentuk hancur. Sebabkan dorang dah biasa dengan yang hancur, KA maintain je la. 

Sebelum ni ada terfikir nak beli cat litter berasaskan tanah liat @ clay. Tapi lepas study sikit dan dapat tahu cat litter jenis ni tak lestari proses penghasilannya, KA batalkan hasrat. 

Korang pakai yang mana? Kongsi-kongsi lah ye di ruangan komen. Boleh sama-sama belajar. ❤

Write a comment