Anak Istimewa Perlukan Perhatian Istimewa


Semalam masa ibu dorang ke Lotus untuk beli barang keperluan, KA bawa anak-anak bermain dalam taman permainan tertutup. Taman permainan di Lotus Shah Alam ni secara peribadi, lebih bagus dari Aeon Shah Alam. Luas dan tempat anak-anak melakukan aktiviti fizikal lebih besar. 

Entri kali ni KA bukannya nak review pasal taman permainan ni. Cumanya masa anak-anak duk main dekat laluan obstacle tu, ada sorang anak istimewa ni dalam umur 7 atau 8 tahun atau mungkin lebih. Kata bapa yang menemannya dia bukan autism ke apa, cuma dia senang outburst. 

Masa dia start main dekat dengan anak-anak KA, dia melompat dan bertempik sampaikan anak-anak KA takut dan panik. KA terus panggil bapa dia, "Sir, your child!"

Masa tu la bapa dia datang dan bagitahu kondisi anak istimewa dia. Okay, KA faham tapi KA jadi tak selesa sebab anak-anak dah takut nak bermain. Jadi, KA ajak anak main permainan lain. 

Lepas tu KA dengar lagi bapa anak tadi menjerit panggil anak dia. KA tengok anak dia main baling dan tabur pasir ke muka anak-anak orang lain. Terus salah seorang bapa anak-anak tu menyinga. 

KA teringat lagi bapa anak istimewa tu cakap, dia tak boleh bawa anak dia ke taman permainan luar bangunan. Anak dia tak cakap kalau luka atau kena gigit serangga. Pernah anak dia balik rumah baru perasan ada lebam-lebam dan calar-calar. 

Yang membuatkan KA hangin, bapa dia boleh biar anak istimewa tu bermain tanpa pemantauan. Dia duduk bersandar dan main game di telefon. Ada satu masa tu anak dia datang panggil papa papa tapi dia buat tak tahu. Siap cakap 'go play go play la," sambil sambung main Angry Bird! Sumpah berapi je rasa. Anak dia siap cakap kuat-kuat... "huh, papa playing game... main game je." 

Ya Allah... geram sungguh. Pandai cakap anak dia istimewa, tapi buat tak peduli je. KA sempat pesan suruh dia tengok-tengok anak dia. Tak semua ibu bapa yang datang tu bopeh bersabar dengan gurau kasar anak dia. Takut jadi apa-apa yang tak diingini. 

KA harap bapa anak istimewa tu cepat sedar la. Kesian sungguh anak tu. Semoga anaknya membesar menjadi anak yang membahagiakan ibu bapa dia dan orang sekeliling.  

Write a comment