Assalamualaikum.
Sebenarnya dah lama KA tengok, berkenan dan membuat bacaaan serba sedikit berkenaan Bakhoor ni. Bukan apa, sebagai seorang muslim dan juga warga nusantara... wangian dan apa-apa perkara yang berunsur nusantara dan dekat dengan Islam memang KA cukup minat.
Terbaru yang ini lah, berbakhoor. Mulanya KA skeptik dan takut-takut juga nak cuba sebab takut tak kena dengan wangiannya. Alhamdulillah sampai sekarang KA okay dan suka bakhoor ni.
Simple je perkakasan yang perlu ada untuk berbabkhoor ni. Pertamanya kena ada mabkhara atau tempat bakar dia. Macam yang KA beli ni, mabkhara kayu KA order melalui shopee. Kena ada arang yang sesuai. Mancis atau lighter yang jenis 'jet-flame' punya api. Nak senang boleh refer list kat bawah ni:
- Oudh Chip / Bakhoor
- Bakhoor Burner / Mabkhara
- Arang Bulat
- Pengepit Arang
- Torch Lighter
- Letakkan arang bulat di dalam pembakar bakhoor / mabkhara
- Bakar arang keseluruhan dengan torch lighter sehingga bara dan pastikan arang berbara tadi bertukar menjadi abu pada bahagian permukaan atau dibiarkan selama lebih kurang 5 minit.
- Letakkan bakhoor di atas arang untuk menikmati asap wangian aroma bakhoor
- Buang sisa keseluruhan bakhoor yang sudah menjadi abu untuk pembakaran seterusnya
- Pastikan arang sudah sejuk sebelum membuangnya untuk penyimpanan.
Setakat ni bakhoor kegemaran KA adalah dari Al-Haramain - Bakhoor Diamond. Wangian woody dan earthy. Cukup bau gaharu. KA suka pasang muzik Gamelan Jawa dan instrumental dari Timur Tengah sebagai peneman.
Sangat cocok berbakhoor sambil menghirup kopi dan membaca buku kegemaran. Sungguh!
Jom kita baca sikit apa sebenarnya BAKHOOR ni.
Apa itu bakhoor?
Bakhoor adalah serpihan kayu gaharu yang telah direndam dalam minyak wangi dan dicampurkan dengan
bahan lain (semula jadi), seperti getah resin (frankincense) , kayu cendana dan pati minyak. Ia terdapat
dalam pelbagai jenis, seperti chip kayu, habuk kayu & habuk kayu yang di mampat. Bakhoor merupakan
budaya wangian Arab yang sangat terkenal di Timur Tengah.
Apakah perbezaan antara Oudh & Bakhoor?
Terdapat banyak kekeliruan di antara masyarakat dan pencinta bakhoor tentang perbezaan antara Oud dan
Bakhoor. Oud secara khusus merujuk kepada serpihan gaharu mentah (kepingan kecil kayu gaharu) yang
telah menjalani pemprosesan minimum (pembersihan / penggilap) secara semula jadi. Chip gaharu ini
diekstrak dari pokok yang menghasilkan resin, biasanya spesies Aquilaria.
Bakhoor secara amnya merujuk kepada kemenyan yang diproses yang mengandungi pelbagai bahan,
biasanya bahan semula jadi. Beberapa chip bakhoor atau kemenyan yang baik juga mengandungi Oud /
gaharu sama ada dalam bentuk minyak attar atau dalam bentuk serbuk kayu.
Bakhoor yang paling mudah didapati di pasaran biasanya terdiri daripada pelbagai sebatian aromatik
sintetik kerana dalam kes tertentu ia mungkin kelihatan berminyak.
Dimana ia digunakan?
Bakhoor digunakan pada majlis-majlis seperti majlis ilmu, majlis perkahwinan, atau hanya untuk tujuan
santai. Dalam budaya Arab, ini adalah isyarat tradisional untuk menyebarkan bakhoor di kalangan tetamu,
sehingga mereka dapat mencium aroma rambut, pakaian dan tangan mereka. Asap yang dihasilkan
bakhoor digunakan untuk mewangikan ruang kediaman yang merupakan salah satu cara untuk menyambut
kedatangan tetamu.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ‘kemenyan’ itu bererti: “Dupa atau getah drpd sj tumbuhan
(Styrax benzoin) yg harum baunya apabila dibakar, luban jawi; jenis-jenisnya.” Manakala
menurut Kamus Besar Arab-Melayu Dewan, ‘رُخوُبُال ‘bermaksud bau yang dikeluarkan daripada kayu
َبَّخَر ِبالُبُخوِر’ ayat dan gaharu
ت ’ َbermaksud mengasapi. Perkataan ‘رَمَتَاج ‘pula bermaksud mewangikan
diri dengan kemenyan.
Hukumnya adalah harus, boleh jadi digalakkan bagi tujuan berwangian. Daripada Nafi’ RA, dia
berkata:
َم
ْيِه َوَسَّل
َّم َقاَل َهَكَذا َكاَن َيْسَتْجِمُر َرُسوُل ِهللا َصَّلى ُهللا َعَل
ُث
َذا اْسَتْجَمَر اْسَتْجَمَر ِبا َأْلُلَّو ِة، َغْيَر ُمَطَّرا ٍة َوِبَكاُفوٍر، َيْطَرُح ُه َمَع ا َأْلُلَّو ِة
َكاَن اْبُن ُعَمَر ِإ
Maksudnya: Ibnu Umar apabila ingin berwangi maka dia akan berwangi dengan kemenyan, tanpa
mencampurkan dengan bahan lain, atau berwangi dengan kafur, atau mencampurkan kafur dan
kemenyan. Dia berkata: “Beginilah Rasulullah SAW berwangi.” - Hadis riwayat Muslim (2254)
Kesimpulannya boleh digunakan kemenyan sebagai pewangi dalam majlis doa selamat atau
majlis tahlil tanpa diikat dengan apa-apa kepercayaan dan khurafat yang bertentangan dengan
panduan al-Quran dan al-Sunnah.
Write a comment
Catat Ulasan
Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.