Pondok Baru Kami



Puji bagi Tuhan kerana terlalu banyak nikmatnya yang aku terima... terutamanya berakhir juga penantian kami sekeluarga kecil ni ingin berpindah ke rumah baru.

Baru dibeli tapi lama dah dibuat. Rumah second hand.

Nyaris kami putus asa semenjak tahu developer untuk kompleks pangsapuri yang kami ingini ini telah muflis.

Banyak sangat prosedur dan penantian yang terpaksa kami tempuh. Belum ambil kira kerenah dari pelbagai pihak.

Namun, begitulah. Selalunya benda baik memang tak datang bergolek mahupun melayang. Minta kepada Tuhan, yakin beserta usaha dalam mencapainya serta bukakan dada seluasnya bagi menerima apa yang diusahakan.

Dengan wife menghampiri due date untuk anak kedua kami. Kami bersyukur sangat kehadrat Pencipta kerana mengizinkan kami berpindah sebelumnya.

Walaupun dalam keadaan kelam kabut, banyak issue luar. Tetap juga Dia menghadiahkan sekelumit nikmat di sisiNya namun besar nilainya bagi kami sekeluarga.

Syukur... syukur... syukur sungguh! 

Kepada kalian yang terlintas membaca coretan ini, aku pohon doa kalian buat kami sekeluarga.

KA; KK

Write a comment