Teratak Malaya, Janda Baik; KA Kembali

Last week, keluarga mertua ada plan nak buat BBQ belah-belah Janda Baik sana. Last minute punya plan, semua tempat penuh!

Cari punya cari, kitorang decide nak stay kat Teratak Malaya. 



Atas ni view kat belakang Teratak Malaya. Memang best sebab betul punya suasana kampung. Campur pulak hujan dan berangin, hilang stress yang KA terbawa dari KL.

Waktu KA jalan-jalan dalam kawasan chalet tu baru KA perasan yang KA pernah datang dulu waktu belajar di IPB. Ikut satu program Kementerian Belia dan Sukan, program Pemantapan Aqidah. 

Memang menggamit nostalgia betul!

Tempatnya berpadanan dengan harga lah kan. Simple but really nice. Sesuai untuk orang bandar yang nak rehat dan hilangkan stress. 











Air sungai lepas hujan memang keruh sikit. Maklumlah, macam-macam aktiviti pembalakan di hulu sana. Sayang betul.

Tapi lama sikit, air sungai jernih balik. Belakang chalet kami, Tok Mek memang best sebab terus ke sungai yang landai. 



Seronok budak-budak main sambil tangkap anak ikan. 

Nak BBQ pun mudah kat sini sebab kita boleh sewa BBQ Pit dengan harga RM50 je. Nanti dia bagi arang dan utensils. Kita just bawak bahan nak bakar, pinggan, gelas dan air je. 



Overall memang kami puas hati dengan Teratak Malaya. Average place but fit the purpose. 

Akan kembali jika ada masa lagi nanti. 

Write a comment