Rumah Tak Terjual Paling Banyak Sepanjang Dekad

Ya, begitulah seperti dilaporkan Malay Mail Online. Apa yang kita nak jangkakan?

Tahun lepas dan tahun 2016 merupakan tahun paling teruk untuk industri minyak dan gas. Bukan sahaja dalam negara, luar negara juga terkena sama.

Beribu kakitangan syarikat minyak dan gas yang kehilangan pekerjaan. Sangat banyak syarikat yang berkaitan minyak dan gas kecundang dalam dua tahun lepas. Sebelum ini jika kita salah seorang kakitangan syarikat minyak dan gas, pinjaman perumahan, persendirian malah kenderaan sangat mudah diluluskan oleh bank.

Dua tahun lepas hampir kesemua bank membekukan dan megetatkan produk pinjaman kepada kakitangan syarikat minyak dan gas.

Aku tengok dengan mata aku sendiri betapa ramai kawan-kawan dari golongon itu yang sangkut, yang terduduk, yang hilang pekerjaan. Teruk. Serius teruk. Aku mampu kasihan sahaja.

Kereta terpaksa dijual, rumah terpaksa dijual. Yang tak laku, bank tarik, bank lelong balik. Itupun masih tak berapa laku. Dalam dua tahun lepas aku perhatikan kuasa membeli jatuh. Rumah terbuka raya juga jarang ada. Kalau ada pun jadi konsep rumah tertutup khas untuk orang terdekat sahaja.

Masa ni, aku perhatikan banyak rumah yang dijual bawah harga pasaran atau lebih tepat lagi bawah harga pasaran yang dispekulasi sebelumnya. Aku mampu ucap, ‘Padan Muka’ pada kapitalis kaki spekulasi harga rumah. Dulu golongan ini beli rumah termasuk yang digazet untuk marhaen berpendapatan rendah dan memberi sewa dengan harga mahal. Sekarang, padan muka kerana membayar lebih tinggi kepada bank dari sewa yang dikutip.

Bagi yang nak beli rumah untuk diduduki, sekarang waktunya. Pilih lokasi dan tawarlah dengan bijak.

Write a comment