10 Bahaya Hasad

[Faedah dari perbahasan Syaikh Muhammad Ibn Soleh al-Utsaimin dalam kitab al-‘Ilm]

Kata Ibn Taimiyah; “Hasad ialah kebencian seseorang atas nikmat yang Allah berikan kepada orang lain.”

Dia membenci apa yang telah Allah tetapkan kepada orang lain, sedangkan Allah itu Maha Berkuasa.

Hasad akan memakan kebaikan sendiri sebagai mana api memakan kayu, kerana apabila hasad seseorang itu akan menyebut keburukan orang lain yang dihasad kerana tidak berpuas hati.

Hati yang hasad akan merasa sedih atau makan hati.

Menyerupai perangai buruk Yahudi.

Sekuat manapun hasad, ia tidak dapat menghilangkan nikmat orang lain kecuali dengan jalan kejahatan.

Menjejaskan kesempurnaan iman, kerana tidak menyukai apa yang baik kepada saudaranya.

Menyebabkan seseorang itu berpaling dari Allah untuk memohon kurniaNya.

Tidak bersyukur kepada Allah dengan apa yang telah Allah berikan kepada dirinya sendiri, kerana asyik dengan hasad.

Akhlak yang tercela kerana mengundang perkara jahat demi menghalang nikmat orang lain dan gembira jika hilang nikmat itu.

Menyebabkan seseorang kekeringan pahala kerana pahala kebaikan akan diambil oleh orang yang dihasad lantaran umpatan dan segala nista dan tohmahan.

Ingatkah, apa yang kita nampak ialah apa yang Allah berikan nikmat kepada seseorang sedangkan kita tidak tahu apakah ujian yang telah Allah berikan kepadanya. Bersyukurlah semoga dengan kesyukuran kita, Allah tambahkan nikmat. Amin.

Write a comment