Kuppi & Sekut | Western Fusion, Sedap, Murah dan... Apa Lagi?


Saya agak terkejut apabila pertama kali menjejakkan kaki di cafe ni. Apa yang dijanngka datang daripada sebuah cafe 'hipster' sebenarnya semua tepat menggambarkan tempat ni kecuali satu, harganya.

Kami jangka paling kurang pun sekepala sekali dengan minuman paling kurang pun RM30 seorang. Biasanya tempat macam ni minumannya yang buat jadi mahal. Namun di Kuppi & Sekut ni, harganya bagi saya sangat murah berbanding tempat lain. Bayangkan bahagian Lamb Chop yang agak besar cuma berharga RM13 je.

Makanan lain yang ada di dalam menu juga murah. Disebabkan ini adalah lawatan pertama kami suami isteri, kami memesan menu selamat, iaitu Lamb Chop dan Chicken Chop.

Sos untuk hidangan ini memang sedap dan cukup rasa lada hitam dan bawang putihnya. Bahagian hidangan ini juga agak banyak dengan saladnya lagi, memang kenyang. Untuk minuman pula kami berdua memesan smoothies coklat dan mangga. Smoothies coklat dia memang 'kaw!'

Untuk Khayla, saya memesan nugget ayam. Fuh! Memang tak berhenti anak saya tu mengunyah.

Dengan hiasan dan suasana cafe yang agak menarik, tenang serta layanan dari abang-abang dekat sini yang ramah, memang membuat saya rasa santai dan tak kekok lebih-lebih lagi untuk bergambar 😅.

Nak kunjung lagi? Bagi saya semestinya! Mana nak dapat harga macam tu di cafe lain yang macam ni kan?

Bagi yang nak berkunjung, boleh ke alamat;

G-13, I Resident Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya.

Atau boleh tengok facebook dorang untuk lebih maklumat.

KUPPI & SEKUT

Ulasan

(2)
  1. suka kafe hipster asalkan haarga berpatutan macam ni kan..terliur tengok gambar tu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.