Desygner | Design Logo & Grafik Pakai iPhone Je

Kali ni KA nak review satu application designing ni. Sempoi dan simple sangat especially kalau korang selalu tukar header social media ataupun header blog. By the way, bagi korang yang buat online business dan selalu on the go pun KA sangat syorkan application ni.

Bagi yang belum tahu khususnya yang pakai iPhone, korang boleh ke Apps Store dan search 'DESYGNER'.


Lepas dah download dan install, korang kena sign up dulu sebelum guna. Yang bestnya masa nak start create design yang baru, Desygner dah sediakan dah beberapa template yang sangat membantu kita. Tak kira korang nak design apa, kalau malas sangat boleh pakai template dorang siap-siap dan move forward from that.

Nampak tak? Best kan?

Tak pun, kalau korang scroll sampai bawah dia ada bagi kita boxes untuk isi size canvas yang kita inginkan. KA ambik contoh header blog KA ni. Simple je. KA guna size 600px X 120px. Nak lagi best kita boleh set kan background jadi transparent dan save as PNG file.


Untuk mencantikkan lagi design. Kita jugak disediakan dengan pelbagai bentuk stickers, shapes, banner dan macam-macam lagi. Untuk application yang free, KA terkejut jugak la betapa banyak benda free Desygner ni bagi access.

Sebenarnya untuk android KA tak sure isi dia sama ke tak for this particular application. Tapi try lah, best dan sangat membantu.

Write a comment