Cari Blog Ini

19 April 2017

Betul ke Karma tu Wujud

Tak kisah lah korang nak panggil Karma ke Kifarah ke. Benda sama tapi term je yang berbeza. Bak kata pepatah orang putih,

"What goes around, comes around"

Dari sudut pandangan KA, KA percaya sebab beberapa kali KA nampak when karma took place. Tak kisah dari sudut yang baik ataupun dari sudut yang buruk. Apa yang kita buat, kita dapat balik. It's not a matter of 'will happen or not' instead it is a matter of 'when will it happen'.


Sebesar zarah pun kalau kita buat baik, selalunya kita dapat tempias jugak balasan dia kat atas Dunia ni. Orang cakap zaman sekarang tak sama macam zaman nabi dulu. Buat baik or jahat sekarang, mati seksok baru nampak. Bagi KA, tak wey. Kita buat baik or buruk sekarang, tak cepat, lambat laun kita dapat balik.


At least sekali seumur hidup korang pun akan alami benda yang sama. Contoh paling senang KA ambik pasal sedekah. Pernah tak korang tetiba je dapat surprise yang baik dan korang tak tahu kenapa lah korang bertuah sangat. Percayalah yang korang sebenarnya 'earned' it! Rezeki Allah tak pernah salah alamat.

Sementelah jugak kalau kita buat jahat. KA pernah alami jugak benda macam ni. Ambik contoh KA sendiri la. Bukan nak bukak aib sendiri tapi nak jadikan iktibar. KA kan naik motor pergi kerja. Dalam cilok tu KA pernah la jugak tersagat side mirror kereta orang. Tak cepat, lambat laun ada je benda yang tak best jadi. Paling koman pun tetiba duit hilang tak pun kena marah bos.

Belum lagi kes orang buat orang. Orang penaya orang, tipu orang, curi, rompak, tutup pintu rezeki orang. Agak-agak karma datang berlenggang hidang kopi O? Sendiri mau ingat la.

KA harap kita semua dihindari dari perkara buruk dan sentiasa dilimpahi rahmat dan kasih sayang Tuhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.