Gaya Hidup Fantasi di Kalangan Remaja

Kita dihidangkan dengan banyak sumber-sumber hiburan. Baik dari segi fesyen, makanan, mahupun cara hidup. Ramai di antara kita bila ditegur, mereka akan membalas dengan menggunakan prinsip YOLO atau 'You only live once' sebagai alasan untuk berlebihan dengan kepuasan diri.

Anak-anak muda cepat terpengaruh dengan gaya hidup yang kononnya memecah tradisi. Mereka cuba menjadi orang yang mencipta langkah terawal dalam satu-satu gerakan trend dan gaya. 

Ada pula yang gemar membeli pakaian dan aksesori berjenama dan mahal supaya mereka turut tak ketinggalan dalam arus fesyen. Tak kurang pula yang sanggup berhutang dan mengikat perut untuk mengumpul duit bagi membeli benda-benda tu.


Itu belum ambil kira yang suka melepak atau dating dekat tempat mahal-mahal. Alah, macam drama petang-petang tu. Kadang-kadang bila kita yang bekerja ni tengok dekat media sosial, kita pun boleh jadi hairan macam mana seorang remaja yang kita kenal dan tahu latar belakang dia, mampu untuk lepak tempat mahal. 

KA bukan jeles tau. Kalau KA tahu keluarga atau mak ayah dorang tu kaya tak apa. Yang KA hairan ni bila ada di kalangan mereka yang punya mak ayah cukup-cukup makan dan yang KA tahu dia jenis yang tak mempunyai sumber pendapatan lain.

KA teringat pesan ayah bila pertama kali datang ke Kuala Lumpur dulu. Ayah cakap, "Biar kita kenal Kuala Lumpur, jangan sampai Kuala Lumpur kenal kita." Maksudnya, biar kita tahu selok belok dan kenal apa yang perlu kita buat, dan apa yang perlu kita kawal di bandar metropolitan ni, jangan biarkan gaya hidup kat sini yang mengawal kita. 

Ulasan

(7)
  1. betul..selagi boleh elak..elak jangan kita menjadi hamba dalam merdeka..ya setiap orang ada hak..ada sisi peribadi sendiri yang tidak inginkan orang laim masuk campur..tapi tidak semua yang kita lakukan tidak membuat orang lain susah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mana kita boleh tegur, kita sama-sama tegur. Tegur tanda kita sayang.

      Padam
  2. Bukan tak boleh bergaya tapi biarlah yg patuh syariat. Jadi beroleh bahagia dunia dan akhirat. Memang betul hidup hanya sekali sebab itu bila dihidupkan kembali jgn menyesal atas segala yg dilakukan sebelum dimatikan yg juga sekali saja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Kak. Akak dah summarise kan artikel saya.. hehe.

      Padam
  3. Setuju sangat-sangat. Bergaya biar berpadan. Konsep biar papa asal bergaya dah tak boleh digunakan,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, tapi tu lah...mungkin belum smpai masa dorang.

      Padam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.