Apam Balik Riau Yang Gebu

Pasar malam atau pasar tani merupakan suatu tempat yang tidak asing lagi untuk rakyat Malaysia. KA percaya kita semua pasti ada makanan kegemaran yang wajib dibeli jika singgah di pasar malam. Kadang-kadang tu kita siap hafal, pasar malam sini hari apa dan ada apa yang best kat situ. Pasar malam sana pun macam tu jugak. Ada je benda top kat situ.

Bagi KA, pasar malam dekat Pinggiran Subang ni ada makanan yang memang KA wajib beli kalau singgah situ. Pasar malamnye setiap hari Sabtu. Masa mula-mula KA singgah dulu, tak ramai sangat, tapi sekarang ni ya Rabbii... makin besar!

Balik kepada makanan feveret KA kat sini. Kalau KA datang, confirm KA akan beli apam balik Riau ni. Sedap bhai.. Allahu. Tebal, gebu, cukup kacang, cukup jagung. Gigit je... Zzuuup! KA terus dibawa balik ke masa KA kecil-kecil. Rasa dia memang genuine habis lah.



Kalau korang ada tersinggah kat sini, jangan lupa try Apam Balik Riau yang super duper gebu dan sedap ni. Jangan lupa mintak ekstra jagung dan kacang!

Ulasan

(14)
  1. nanti boleh cuba ni.. hee

    BalasPadam
  2. betul PC dan suami kalau ke pasar malam atau pasar tani apam balik dan jagung rebus jarang miss..hihihihihi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. kan. Saya minat apam balik, wife suka jagung rebus..

      Padam
  3. Dah lama tak makan apam balik..

    BalasPadam
  4. Popia goreng and PakTongko kuah kacang for me ;3

    BalasPadam
  5. Ooooo... akak tu pakai baju lengan pendek ea... huhuh, baguih hang tolong blurkan KA... baguih betoi, lagi baguih kalo hang blurkan wajah dia skali KA... huhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpelah, wajah tu trade mark.. senang orang nak cari.. erk? haha

      Padam
  6. feberet akak anak beranak gak ni...kalau pi pasar malam gerai apam balik mesti sangkut punye la...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Well, orang Malaysia.. mostly akan sangkut punya lah.. haha

      Padam
  7. Saya pernah pergi sekali je pasar ni, kA. Itupun masa menyewa area dekat2 situ dulu :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.