3 Sebab Kenapa Kita Tak Patut Menulis Blog

Di dalam pencarian ilmu dalam menulis blog ni, KA kebelakangan ni banyak mencari dan mencuba kembali semua benda yang dah lama KA tinggalkan sebelum ni terutama sekali dalam bab penulisan. KA banyak membuat rujukan dengan membaca blog panduan-panduan meulis blog.

Kalau kat Malaysia ni, KA suka baca blog Abang HH jika nak tahu pasal SEO ke, pasal tips-tips semasa berblog. Kalau blogger luar negara banyak yang KA baca. Antaranya The Minimalist, Men VS Debt dan ada dua tiga lagi untuk belajar perkaitan antara satu point dan satu point dalam blog kita.

Baru-baru ni KA rasakan ada satu penulisan daripada penulis The Minimalist tentang berblog. Dorang ada menulis tentang kita tak patut menulis blog jika kita dah fikir nak kejar benda ni dari awal. Ini adalah pandangan peribadi penulis.

1. Duit - Kita tak patut mula menulis blog jika target kita nak buat duit semata-mata. KA rasa poin ni ada juga betulnya. Bukan apa, kalau kita dah start fikir nak buat duit dan seperti yang kita tahu, tak mudah sebenarnya nak buat duit dengan menulis blog.

Maksud saya menjadi sumber pendapatan utama. Kita ambil contoh Abang Ben Ashaari, bukannya lepas seminggu, terus dia dapat jana income sampai boleh buat mata pencarian. Kalau kita tak achieve target dalam masa yang terdekat, kita akan cepat down.

2. Trafik pelawat - Tak semua trafik yang masuk ke blog kita adalah traffic yang bagus. Kita memerlukan 'hubungan' yang bagus dengan pelawat. Kita mesti membuat pelawat atau pembaca merasa selesa membaca blog kita.

Pembaca atau pelawat yang berkualiti adalah pelawat yang memang minat dengan penulisan kita, pelawat yang suka berkomunikasi dengan kita dan pelawat yang betul-betul suka untuk datang dan baca kembali penulisan kita. Macam Facebook, kita ada 5000 kawan pun belum tentu seratus daripada mereka betul-betul ingin berkawan dengan kita.

3. Kemasyhuran - Jika kita target nak dapatkan kemasyhuran dalam bidang ni ataupun "internet famous" dengan serta merta, kita betul jika kita ada pakej yang cukup. Jika blog kita hidup segan mati tak mahu, kita promote macam mana pun, susah nak jalan. Minat yang mendalam, kerja keras dan sedikit nasib mungkin akan membantu ke arah ni.

Namun percaya atau tak, satu masa nanti tak mustahil kita akan capai semua tu. Yang penting sekarang ni kita menulis apa yang betul-betul kita minat, 3 kat atas ni akan datang kemudian. Mungkin dalam keadaan yang tiba-tiba. Mana kita tahu kan?

Bagi blogger baru macam KA ni, KA syorkan baca blog Plain, Jarimanis, Azlita Masam Manis dan banyak lagi blogger-blogger yang punya niche dan gaya penulisan tersendiri. Ingat, set dulu minda kita ye.

Ulasan

(8)
  1. salam ! setuju , pasal untuk cari duit tu .. bukan mudah , blog JM recommended! sebab even dia jarang update dia ada pelawat2 tersendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. W'salam. Passion dulu, yang lain insyaAllah datang kemudian. :)

      Padam
  2. In sha Allah...betul...bagi PC ukhuwah yang setia itu penting..sebabnya mereka akan buat kita bangkit bila kita rebah...kalau orang anggap blogger ini kerja mudah PC akui TIDAK...betulkan niat...in sya Allah Allah hadiahkan nikmat yang tidak terduga....

    BalasPadam
  3. Nasib baik tak tergolong dalam senarai di atas... thank you KA...

    BalasPadam
  4. masa memula telis blog dulu akak tak tahu pon dengan blog kite bole carik duit....kesian kan T___T APTB hakak ni

    BalasPadam
  5. Hahhaa waaah KA, link blog gua pun ada tersenarai ke waaah terharu nih! Gua blogging suka2 je pon bila ada idea n apa2 karya gua yang baru je, tak konsisten langsunglah, "blogger" la sangattt huhuuu (~"T w T)~

    BalasPadam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.