Biskut Bunga, Biskut Bantal dan Biskut Kapal Terbang

Assalamu'alaikum,

Tetiba KA duk teringat zaman KA kecil-kecil dulu. Bukan apa, hari ni ramai pula office mate cuti dan outstation. KA pulak dah setelkan semua kerja dari semalam. Hari ni datang kerja just update filing dan kemaskini meja. Tu yang banyak melanguk je tu. Tapi sedar tak sedar dah nak masuk tengahari dah.

KA duk belek album gambar lama-lama yang KA scan masuk dalam laptop ni. Tu yang teringatkan biskut retro yang memang menjadi snek harian KA masa kecil dulu. Biskut bunga, biskut bantal dan biskut kapal terbang... kalau mak KA ke kedai untuk beli barang dapur, biskut-biskut ni confirm dia tak kan lepaskan untuk dibeli.

Dulu masa KA kecil, mak ayah ada kedai runcit yang bersambung dengan rumah kitorang. Kedai runcit tu jugak bertindak sebagai kedai koperasi Nelayan Kampung Kedai Buloh, Kuala Besar dan kawasan sekitar. Tapi biasalah kan, meniaga kat kampung zaman tu banyak sangat berhutang dan tak bayar. So, menjelang umur KA 6 ke 7 tahun, kedai tu dah ditutup. Masa zaman kegemilangan kedai tu lah KA suka sangat makan biskut-biskut yang KA sebut tu. Satu lagi gula-gula 10 sen 5 biji. Masa tu ada perasa anggur dan strawberry je. Sedappp....!

Cuba tengok kat bawah ni, korang pernah makan ke?

Sumber: carigold

Sumber: carigold

sumber: wawamagic

sumber: Cuit Skit
 Tengok, tengok rupa pun tahu kenapa nama-nama tu yang diberi kepada biskut-biskut lejen ni. Korang pula, apa snek yang mengimbau balik nostalgia korang?

Ulasan

(15)
  1. Eh! eh!! biskut kapal terbang tu, stok wajib ada time Mrs. A form four/ five sewaktu di hostel.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.. sedap. Lemak-lemak pedas.. sedar2 dah habis je kalau sambil study ngunyah benda alah ni.

      Padam
  2. mmg nostalgia betul biskut2 ni... nak2 biskut bantal dengan biskut bunga tu... sekarang anak2 saya pulak yg mkn... hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..sekarang dah ada anak-anak muda yang buat bisnes biskut ni.

      Padam
  3. Biskut bantal tu PC panggil keropok bantal....sampai sekarang PC suka makan...kalau yang bunga tu...ha itu masalah besar dulu..PC akan makan biskutnya..gulanya bagi kucing jilat...mama marah pun buat muka 15 sen je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. terbalik. Saya makan gula, biskut saya bagi mak! :D

      Padam
  4. Biskut2 ni mmg lejen... syok juga klu dpt mengunyah sambil blogwalking... seronok... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahu takpe KK. Kena kopi O pekat pulak.. peh.

      Padam
  5. Apa yg tak pernah makannya, mmg itulah yg jadi jajan mak masa kecik...Sekarang dah tua huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa.. saya dah nak masuk 3 series dah ni. Terasa ketuaan tu. :D

      Padam
  6. Apa yg tak pernah makannya, mmg itulah yg jadi jajan mak masa kecik...Sekarang dah tua huhu

    BalasPadam
  7. salam biskut lagend sampai sekarang makan kalau ada jual

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada kalau area subang ni.. kat FB ada, Biskut Lejen

      Padam
  8. biskut lagend ni... membesar dgn biskut2 ni... sama ler kita... hehehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syok ni biskut ni... sambil tengok cerita flashman pon layan :P

      Padam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.