Bagaimanakah Cara Supaya Widget Boleh Scroll Untuk Blogger

Assalamu'alaikum,

Jenuh menggodek dan menggeledah Google mencari cara nak buat widget kat tepi tu boleh scroll. Hari ni baru jumpa, tapi kena tweak sikit la nak sesuaikan dengan blog masing-masing.

Kepentingan Side Bar Widget Boleh Scroll

Widget berbentuk list seperti 'Popular Posts', 'Recent Posts', 'Blog List' dan sebagainya memerlukan ruang yang besar jika kita nak paparkan kebanyakan link yang kita ada. Jika kita menggunakan widget asal dan kita papar semua isi, pasti blog akan kelihatan pelik kerana page akan jadi panjang.

Dengan widget boleh scroll, kita boleh mengehadkan penggunaan ruang sidebar blog.

Bagaimana Cara Menjadikan Widget di Side Bar Boleh Scroll?

1) Pergi ke tab 'Layout' dan buat widget contihnya 'Bloglist'.

2) Tekan save.

3) Kemudian pergi ke tab 'Template' dan tekan mod 'HTML'

4) Tekan 'Jump to Widget' dan cari 'Bloglist1' seperti gambar di bawah:

Bloglist1 kat bawah.
5) Dah jumpa, kemudian tekan anak panah kecil sebelah kiri seperti gambar di bawah untuk memaparkan keseluruhan kod untuk widget tersebut. Contoh template ini adalah pada baris ke '1515'


6) Cari kod di bawah tajuk 'Bloglist1' seperti ini:

<div class='widget-content'> 

7) Kalau dah jumpa, korang tukar kod tadi dengan kod di bawah ni

 <div class='widget-content' style='overflow:auto; width:ancho; height:200px;'> 

8) Tukar tulisan berwarna merah tu mengikut kesesuaian blog korang. Saya rasa 200px or 250px dah cantik dah.

9) Preview dan save!

Senang kan? Punya lah pening kA cari benda ni... Korang rasa berguna tak tutorial ni?

Ulasan

(4)
  1. Nice sharing. Kena try buat scroll bar supaya blog sy nampak lebih kemas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Try la tau.. senang dan kemas hasilnya.

      Padam
  2. widget sidebar? ahaaa...dah buat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haah...bagi boleh scroll. Bermanfaat la hendaknya.

      Padam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.