Maaf kiranya entri KA pada hujung minggu ni akan menyinggung perasaan para pembaca sekalian.
Bukan apa, KA ni bukannya pak ustaz nak komen teruk bab agama. Bukan juga agamawan yang cuba mentadbir perjalanan agama.
KA sekadar ingin berkongsi pandangan seposen tentang masyarakat Malaysia lebih-lebih lagi Muslim. Namun sebagai seorang muslim juga kita diajar supaya lebih bersikap terbuka di dalam perbincangan.
Bila kita sebut Al-Quran, apa yang kita fikir? Adakah kita akan terfikir bacaan yang mendayu-dayu dan berlagu? Hakikatnya, ramai di antara umat Islam di Malaysia masih belum tahu membaca Al-Quran. Itu belum kira yang faham Al-Quran.
Daripada kita kecil anak, kita selalu disuruh baca Al-Quran, mengaji Al-Quran. Baca, ya tetapi adakah kita betul mengaji Al-Quran? Ramai antara kita yang tidak cuba betul-betul 'mengaji' Al-Quran. Ramai sebenarnya yang cuma membaca tanpa faham isi kandungan dan ramai juga sekadar menghafal paten bacaan sahaja.
Ada juga yang baca dan faham Al-Quran, tetapi sayangnya tidak amalkan. Mungkin akan guna ayat-ayat yang mereka faham tiada lain hanya untuk mematah hujah bila berdebat di media-media sosial.
KA: masih merangkak menjadikan baca Al-Quran beserta terjemahan bersama isteri sebelum tidur.

Al-Quran untuk panduan kita semua sepanjang zaman dan seumur hidup. Alhamdulillah, aku tidak melupakannya :)
BalasPadamAlhamdulillah Plain :)
PadamMoga kita sama-sama berpeluang baca, dalami, hayati dan amalkan ajaran Al-Quran setiap hari :)
BalasPadamAmin..insyaAllah Farrah :)
PadamMoga kita terus cinta kalamullah ini...PC sendiri pun bertatih lagi...
BalasPadamInsyaAllah PC :)
Padam