5 Cara Untuk Bangun Tidur Dengan Lebih Gembira

Assalamu'alaikum,

Saya tahu tak semua orang dapat jadi positif lepas celik-celik je mata kan? Lebih-lebih lagi bila kita bangun pada pagi ISNIN! So, macam mana caranya kita nak bangun dengan lebih tenang dan happy? Jom saya sharekan cara yang saya praktikkan. (Walaupun tak 100% saya ikut :P)

1. Jangan tekan SNOOZE kat alarm clock masing-masing.


Okay, yang ni saya tahu confirm termasuk saya susah nak buat kan? Apa-apa pun make sure korang tak celik mata semata-mata untuk tekan snooze button dan tangguhkan bangun tidur. Ini akan menyebabkan kita terlepas waktu tidur kita yang sangat berharga. Ingat ye, nak bangun dengan gembira kita mesti dapat tidur yang cukup. Mulanya memang susah, tapi bila kita dah berjaya maintain, insyaAllah kita dapat bangun dengan segar dan happier!

2. Bersedia pada malam sebelumnya.

Bangun dengan keadaan yang tak terurus akan membuat kita dan orang sekeliling kita stress!. Bagi mengelakkan kita jadi pening dan bad mood waktu bangun tidur, kita bolehlah stand by apa-apa yang patut pada malam sebelum tu lagi. Contohnya kita boleh siap-siapkan pakaian untuk dipakai esoknya, gosok siap-siap dan letak semua pakaian, aksesori, kasut dan lain-lain kat satu tempat. Bagi yang suka breakfast awal, make sure korang prepare bahan-bahan untuk masak breakfast terus. Takde la tergesa-gesa nak mencari pada pagi tu nye kan?



Lagi satu, saya suka sebelum tidur tu catat semua masalah, kerja atau isu yang mungkin kita akan hadapi pada esoknya dan listkan apa yang kita boleh lakukan untuk menyelesaikannya. Ingat, fikir jalan penyelesaian bukan fikir punca. Kalau tak sempat tulis atas kertas, at least kita outline kan terus dalam kepala kita.

3. Elakkan check Social Network dan EMAIL!

Berapa ramai di antara kita yang celik mata je cek emel, bukak mata je cek FB, Twitter dan IG memasing? Ha...ramaikan? Dah la sebelum tidur bukak media sosial dah, celik mata pun terus bukak media sosial... Eish eish eish.. tak elok tu.



Korang tahu tak, mood kita sepanjang hari akan terkesan dengan apa yang kita rasa dan fikir masa bangun tidur. So, bayangkan korang celik mata, scroll email atau media sosial dan nampak berita yang buat korang sakit hati? Haa...saya pun pernah rasa. Bad mood sepanjang hari. Daripada korang bukak email ke media sosial ke, baik korang terus bangun mandi dan bersarapan dan fokus kepada benda bagus untuk hari tu. Tak pun bagi yang dah kahwin tu terus cium orang sebelah. Kan best tu..

4. Buat pergerakan la sikit.

Orang muda-muda tak payah cakap, mesti ramai yang bukan morning person kan? Tapi semalas mana pun, bila celik mata tu at least buat la pergerakan atau stretching sikit. Geliat tu kasi lebih sikit. Longgarkan mana-mana urat yang patut. Bagi yang kerja pagi, bangun awal dan keluar awal untuk dapatkan udara pagi yang segar. Sementara nak masuk kereta tu, sedut dulu udara segar. Kalau tinggal kat bandar, malangnya susah nak dapat udara segar. he he he.

5. Buat-buat sampai betul-betul jadi.

Ha.. ini tak payah cakap, bukan korang je, tapi bagi saya pun. Senang cakap daripada buat. Nak-nak kerja macam saya ni selalu sangat bangun tidur 'kerja' yang kejut. Tapi ini antara perkara yang dapat bagi kesan besar untuk sepanjang hari tu.

Apa caranya? Bangun, senyum dan pura-pura gembira dan happy gila bangun tidur tu!. Memang mulanya rasa bluwek..poyo...menyampah dan palsu gila. Tapi who cares aite? Masa bangun tidur tu kita sorang je rasa dan tak ada orang lain pun sekeliling. So, just do it. Tapi pura-pura ni bukan maksudnye korang kena berpura-pura sepanjang hari tau...at least korang bangun pagi, senyum, cakap dan buat perkara yang baik-baik untuk diri sendiri jugak.

Sekali lagi, jika korang dah kawen...celik mata dan puji-puji sikit pasangan tu. At least ucap kata-kata sayang. Kalau korang belum kahwin, cuba recall quote yang bagi semangat dan bermotivasi. memang susah pada mulanya, tapi jika kita cuba terbitkan aura positif, minda dan jiwa kita juga akhirnya akan sejajar dengan habit dan kelakuan kita yang positif tu.

Kita positif, orang sekeliling positif akan menjadikan sekeliling kita tempat paling best! Korang pulak macam mana?

Ulasan

(4)
  1. Betul sy praktik semua point tu utk happy sepanjang hari tu, semangat pg keje, utk rasa happy Dpt punch card awal, walaupun redah jem tp tkpe sebab "masih" awal. Kalau start tekan snooze makna readykan diri utk terlajak tidur haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah! Betul.. kalau dah tekan snooze tu biasanya daripada 5, 10 ke 15 minit. Silap2, tak sedar langsung dah.

      Padam
  2. Yang no 3 tu memang 100% setuju.
    Benda itu boleh melambatkan dan akan jadi kelam kabut.

    In Shaa Allah kalau pepagi dah positif mesti rasa happy jer... nak gi kerja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul betul betul!

      Positifkan diri, orang lain pun ikut sama. bak kata lagu senyum... kalau kita senyum, semua orang berjangkit, kalau semua senyum, dunia tiada penyakit. hehe

      Padam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.