Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah. Walaupun dapur gas tak ada lagi, peti tak ada lagi. Berbekalkan multi cooker hadiah dari Along, kitorang suami isteri dah masak macam-macam. Dari appetizer sampailah ke dessert. Sup, nasi goreng, singgang, kuey tiow goreng a.k.a. char kuey tiow, bubur dan banyak lagi dah kami manfaatkan multi cooker tu.
Hari tu, saja nak kasi si kenit tu rasa air tangan jantan Melayu terakhir ni.. oops! Makanya, aku goreng la kuey tiow.
Resipi yang aku guna ni simple je. Yang penting aku guna udang yang aku kupas kulit dan belah untuk buang kotoran kat dalam tu. Kalau udang kecik sangat aku tak buang pun. Kerang pulak, mulanya aku nak pakai kerang yang dah buang cengkerang yang dijual di kedai-kedai tu.
Fikir balik, tak best pulak. Sebab biasanya kerang macam tu dah hilang kemanisan dia. So, aku pun kopek le sendiri. Kalau jenis yang tak sabar, beli je yang dah kopek. Tapi tu lah, kureng kick la tapinya.
Untuk penambah rasa, tak banyak pun aku tambah. Cukup dengan sos tiram tak kisah brand apa, aku pakai adabi. Tambah sikit sos ikan. Kalau nak pedas, tambah je cili lebih sikit. Gula tak perlu letak sebab jus daripada udang dan kerang dah cukup untuk buatkan rasa dia nanti manis-manis.
Lupa pulak, kerang tadi sebelum kopek, aku rendam dengan air panas dulu. Baru senang sikit proses mengopek. Lepas kopek pun aku letak air panas sikit dan aku biarkan. Nanti kerang sekali dengan air panas yang dah bercampur dengan jus kerang tu, aku masukkan masa menggoreng kuey tiow. Baru ngam rasa dia.
Hasilnya, alhamdulillah. Tak mengecewakan si kenit aku tu. Terima kasih kerana membaca.

Write a comment
Catat Ulasan
Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.