Loan Aeon atau Loan Kedai

loan Aeon dan Loan kedai; Hantam saja lah loan Aeon ke Singer ke. Tapi korang mesti ingat, harga final selepas habis bayar mungkin mencecah sehingga 180% dari harga motor yang asal. Tu je yang kita mampu kan? Hadap jugak lah.

Assalamu'alaikum,



Baca tajuk pun ramai yang dah boleh agak apa yang aku nak cakap. Alhamdulillah, semalam bonus sudah selamat terpampang kat dalam akaun aku. Banyak tu tak lah, tapi cukup untuk langsaikan hutang moto aku yang sepatutnya habis bulan 12 ni.

Saja aku habiskan awal sebab pedih gaji bulan-bulan kena tolak banyak. Takpe lah beraya tak sakan mana pun janji sebahagian hutang terlepas. Tolak hutang motor, beli barang dapur, bayar benda-benda wajib yang lain, belennya? Tinggallah dua tiga keping lagi kertas. Kejap, memang sekejap je yang aku dapat rasa pegang duit bonus. Dari aku gi withdraw dekat Bandar Baru Ampang, sampai setel bayar di Aeon, Menara Olympia cuma ambil masa tak sampai sejam.

Berbalik kepada tajuk. Aku tahu ramai orang yang tangga gaji lebih kurang aku ni fikir banyak kali nak beli cash motosikal. Terutama yang atas 5k. So, kita-kita ni cuma tinggal dengan dua pilihan sahaja. Loan dengan agensi hutang ataupun loan kedai.

Kalau ada cash lebih tapi tak mampu nak bayar harga motosikal sekaligus, aku syorkan ambillah loan kedai. Interest tak banyak, instalment pon tak migrain nak bayar. Bagi yang tak ada sangat dah duit tapi masih memerlukan motorsikal, terutama kat KL ni kan... Hantam saja lah loan Aeon ke Singer ke. Tapi korang mesti ingat, harga final selepas habis bayar mungkin mencecah sehingga 180% dari harga motor yang asal. Tu je yang kita mampu kan? Hadap jugak lah.


Satu lagi alternative, kite boleh apply personal loan dan bayar cash motor. Yang ni sangat kurang interest. Kepala pun ringan sikit nak bayar balik. Tapi, loan tetap loan. Still ada liabiliti setiap bulan.

Justeru itu (ayat gini cikgu aku suruh tulis, ekstra mark katenye kalau letak dalam BM penulisan), aku boleh katakan yang Aeon or Singer paling bangsat dia punya interests, diikuti Personal Loan dan Loan Kedai. Nak untung, simpan dari awal dan bayar cash. Tak pun angkat je motor seken dah tu je yang termampu. Satu lagi ayat penutup, kalau dah mampu motor 3 ribu, jangan pula angkat motor 10 ribu. Ingat, pastikan belanja sepertiga gaji sahaja sebulan. Faham tak apa aku tulis ni? -.- Maseh~

kA: Istilah yang sering dianggap mulia adalah Interests dan Credit or Credit Card. Cuba korang sebut interests tu sebagai riba' dan CREDIT CARD tu sebagai kad hutang. Renung-renungkan dan selamat shopping raya sakan! ^.^y

Ulasan

(52)
  1. ehem , duit raya ada tak untuk Nik ? Ala dua tiga keping pun tak pe . Yang bahagian loan tu cuba untuk memahami dan yang bahagian credit card tu sangat setuju ! Mueheheh ehh lupa merajuk . bye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. InsyaAllah ada.. adik Nik ni dari tadika mane eh? xD

      Pasal loan tu, Aeon paling banyak bunga, diikuti bank dan kedai.

      merajuk ke? haha :P

      Padam
    2. Tadika Kemas . Kenal tak ?

      Oooooo baru ku tahu . Maklumlah masih 'kecil' untuk buat loan . Gituuu . hahahah

      Siapa merajuk dengan siapa ? HAAAAAAAAAAAAAAA

      Padam
    3. Hahaha.. tak kenal. PASTI kenal tak? :P

      So, elakkan buat loan Aeon or Singer. hehe... 2kli ganda tu terpaksa bayar. Along berlesen.

      Hahaha.. tak leh ke? :D

      Padam
    4. PASTI kenal ! hahahaha

      Oooooo macam tu pulak . 2 kali ganda . ehhhhhhh teruk bebeno .

      Boleh , boleh . ada juga style merajuk tapi balas elok-elok je . hahaha

      Padam
    5. nasib baik kenal.. hehe

      Tahu takpe. Palestin berperang dengan Yahudi secara fizikal..kita berperang dengan Yahudi secara sistem dan ideologi.

      Ni namenye, majuk pesen baru Nik :P

      Padam
    6. bercakap tentang palestin nie yang sedih . diri tak berupaya nak tolong secara fizikal . dapat tolong hulurkan doa je .

      ish-ish ada juga merajuk pesen baru yeee

      Padam
    7. Tak apa. Tu dah cukup. Kita bukan ada kuasa nak pergi sana.

      Padam
    8. yes bijak ! doa dah cukup .

      Padam
  2. setakat nih ada hutang pun dgn ptptn jer lah
    hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. huu..berhati hati lah dengan tarikan hutang ni.. indah bayangnya.

      Padam
  3. Say NO to Credit Card, say YES to Debit Card... hahaha~ ;3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Debit card pon saya baru guna dua kali.. :P

      Padam
  4. loan dengan TM je banyak...wuahahhaha hutang bunga ! dah kena ugut macam hutang kat ahlong dah.... mensampah !

    BalasPadam
  5. penduduk msia nie memang synonim dengan hutang... sampai ke tua dok bayar hutang... riba tinggi sangat... nak wat guanno...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm..tahu tak apa. Tu mne ada yang boleh bayar habis, saya habiskan terus. Tinggal Mara ngan keta je lagi..nanti rumah pulak.. hmm.

      Padam
  6. Ya, berbelanja dibawah kemampuan...jangan biar papa asal bergaya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu y seharusnya.. Padan muka saya tengok member pakai moto cross saya pon nak pakai jugak.. haa. -_-'

      Padam
    2. Motor cross bawa masuk hutan ke bang? dah belajar semua stunt basic especially terbang kat udara tu. hihi

      Padam
    3. Buat masuk hutan je..lompat2 tak. Humpppphhh.. :'(

      Padam
  7. zaman sekarang ni dah perlu bijak mengurus wang. CP pun dah jual kereta dan tengah kumpul duit untuk beli kereta secara tunai. Biar susah sikit sekarang, nanti dah masuk umur 40 tinggal hutang rumah je. sekarang guna motor je. Lagipun bujang kan takde masalah la hehe.

    BalasPadam
  8. Kdg2 kita mudah tertipu dgn statement 0% interest tu kan?
    Tindakan bro selesaikan hutang motor tu mmg bijak. xpe la belanja raya skit, lps ni duit byr hutang motor bulan2 tu blh kumpul dan gunakan utk perkara lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup.. Kumpul untuk kawen. hehe. Kalau hutang ni, menipu sangat la kalau takdek interest tu.. hmm,

      Padam
  9. Assalamualaikum.

    Khamsiiiiiii, tiap kali jenguk sini, berubah sokmo. Confuse @_@ hahaha

    Alhamdulillah.. dptla jugak habiskn byr hutg dgn duit bonus.. duit camtulah sifatnya, payah dicari,senang nk habisi. (ada ke habisi? ekeke)

    Bout credit card..dri lepas spm gi, abah sokmo pesan, jgn hang gatai nak pakai. Abah da bnyk kali berdepn ngn kenalan yg gatai nak pakai, tapi tak reti control diri..sudahnya hidup tunggang langgang..



    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumussalam.

      Lanaaaaaa, jangan r marah. Hobi.. haha.

      Tu lah, alhamdulillah.. Hari Isnin nanti dengar2 ada increment yang akan dideposit..back dated dari bulan satu. Kalau betul..kalau lah kan..hehe.. boleh la setelkan barang adik2..

      Betul, saya memang tak suka dengan kad2 ni.. Contoh y failed lagi ramai dari contoh yang berjaya pakai.

      Padam
    2. Bukan marahhhh, stresss je haaa,hahaha

      What r u looking for? Sebenarnya, lana suka suma template yg pernah KA guna sblm ni, termasuk yg ni.. sebab clean n simple.

      Urmm..kan ramai golongan belia jatuh muflis skrg..belum apa2 dah muflis..coz one of the reason, gagal uruskan kewangan dgn baik. Bukan salah kad, tpi slh si penggunanya tu..kan kan, iya kan je tau :D

      Padam
    3. Saya jakun sket dengan coding..tak pernah belajar formal. Itu yang buat saya try n error.. Hii.. :P

      Betul.. ada sorang saudara ni.. ada kredit card, gaji secoet..nak hidup bersaeng ngan bos bos.. hujung bulan makan megi. Tu pun hutang. Mintak jauh..

      Padam
  10. Memang betul, nak jimat kena beli cash& utamakan 2nd hand. Saya beli motor honda 2nd. RM2000 je. Beli masa last sem sebab memang target nak guna untuk kerja. Sampai sekarang okey, masa takde kereta pernah bawa balik kampung beberapa kali. Seminggu minyak motor isi RM5-10 ja. Mesra alam gitu. Tapi untuk keselamatan, perjalanan jauh naik keretalah kan.Lagi2 waktu malam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju tu cikkak. Pasal minyak, alhamdulillah.. minyak motor saya pon lebih kurang je walaupun CC besar sikit. Balik kampung? Tinggal kat mana n kampung kat mana? Hmm..xyahlah naik motor kalau jalan jauh. Bahaya lah.

      Padam
    2. Yup, kampung dlm 2-3 jam naik motor. stended ah...klu kelantan tu, barulah jauh. ps: kami ada geng sepupu bujang yang naik motor kenkadang konvoi.

      Padam
    3. 2 3 jam jauh la jugak. Berani gak ... Sekarang dah ada kereta kan.. tak payahlah naik motor jauh2.. bahaya.

      Padam
  11. setuju bab ni, pi mai pi mai tang tu juga
    sama ajelah pinjam duit celah mana pun
    paling tak boleh tahan interestlah

    rata-rata rakyat malaysia memang terikat dengan hutang
    lebih kurang 9 thaun
    tupun hanya untuk membeli kereta atau moto
    sape nak jawab tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. sendiri mau jawab ma.. berani suruh orang atas jawab? thehehehe xD

      Padam
  12. beli cash sudah..takyah hutang2 ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ada cash.. huu. Ye la kan.. why not ikat perut kumpul dulu.. bukan lama pon..

      Padam
  13. Kalau ada cash banyak memang digalakkan beli cash aje. Senang tak perlu pusing-pusing fikir nakbayar hutang...tapi tulah berapa ramai aje yang mampu bayar cashkan...at the end of the day, kena bayar hutang sepanjang hayat..hmmm..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? n nak beli cash kete baru pon bukannye senang2 boleh.

      Padam
  14. credit card rasa glamour jer tp jika dah di sebut sebagai kad hutang?? hahaha serious mmg boleh buat org jauhkan diri dr menggunakan card credit.... tak dinafikan dengan riba kita tak boleh lari tak menyumbang riba banyak sikit pasti kita gunakan juga... yang selamat kalau buat loan pa&ma (papa mama) hehe takde riba.... tp kita kene bagi mereka duit dulu ye ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa belajar boleh la buat loan PAMA. Bila kerja, kita lah yang kena ringankan dorang. So, bila nampak je orang pakai kad hutang terus sebut "KAD HUTANG". Ingat taw! :D

      Padam
  15. kadang-kadang tiada pilihan, terpaksa lakukan jugak.. nak buat macam mana kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalunya macam tu Ros..sekarang dah bukan kadang-kadang lagi dah. Tapi tu lah.. kena beringat..

      Padam
  16. yup..Agreed ngan artikel nie..aku pernah buat loan motor dengan singer..upfront mereka memang rendah tapi bila lepas bayar sampai habis, baru terasa ruginya..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Biasa lah.. masa nak pakai tu, kita dah tak fikir apa. Janji barang sampai ke tangan..

      Padam
  17. betoi3 ! bab hutang ni yg x lalu.. tp nak beli cash pulak x mampu bang.
    so nak xnak terpaksa jugakla hutang.. pulun nak setelkan hutang ptptn dulu.
    karang kalo kawen xde nak pikiaq dah kikiki

    beli motor second atau kete second xpe aslkan xyah hutang kan KA hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup.. kadang2 kete seken punya mentenen bebulan, lagi murah daripada installment. Keta tak selalu rosak even seken.. jaga servis je.. Kalau installment, servis ke tak servis ke kena bayar. Rugi lak rasa beli keta baru.. haha

      Padam
  18. tapi khamsi...orang bangga oooo tunjuk credit card...tanda kemajuan tu...hehehe...bukan ke kedai nya interest lg tinggi ke dari bank?? noe pernah dulu ambil loan AEON ni...tp masa tu namanya lain kut...masa tu beli komputer.....nak belajo beli la komputer...budak2 skang untung banyak...dpt komputer free pun ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Loan kedai lagi murah la nOe.. tapi deposit kena besar la. Biasanya separuh harga motor. Sebab panggil credit card..cer panggil kad hutang. hii.

      dan komputer sekarang murah2! haaa...

      Padam
  19. byk tu bonus dpt kalau boleh langsaikan utang moto..arghhh hidup rasa bebas kalau tak de utang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takde la banyak mana JM. Sekarang ni saya gaji banyak bayar hutang.

      Padam
  20. Salam siapa boleh terangkan utang kedai ni dia punya konsep macam mananye ia berpandukan pada payslip juga ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam. Payslip kena cantik, bank statement kena cantik, takde sangkut blacklist, muka tinggi. InsyaAllah dapat.

      Padam

Catat Ulasan

Sila tinggalkan hyperlink blog anda di komen (cara-cara dalam LINK INI ) kerana kebanyakan masa saya menggunakan mobile dan memudahkan saya dan pembaca lain untuk melawat blog anda kembali. Terima kasih daun keladi.