Assalamu'alaikum,
Maaf semua aku sudah memungkiri kata-kata sendiri dalam entri sebelum ni. Hari ini, Sabtu, 6 Julai... Aku telah meredah hutan dan paya menuju ke Estet Pancing di suatu ceruk di dalam Maran, Pahang. Sebuah tasik yang pernah menjadi pusat rekreasi sambil memancing sangat indah pemandangan. Ibarat oasis di tengah sahara. Ececey...
Seperti biasa, korang ingat aku rajin sangat nak menulis? Nah gambars untuk korang layan!
Gambar satu: kelihatan sebuah rumah usang yang sangat misteri di tengah belantara. Kawan aku cakap, tempat ni banyak kedapatan makhluk. Makhluk apa?
Makhluk yang bakal menjadi umpan kami, C.A.C.I.N.G...yeeha! Tapi kami jugak bawak keridit a.k.a. Cengkerik dan rapala. Okay, bawah ni gambar tasik tu:
Namun bagaimana pun, ketiga rapala kami terkorban di hujung tanduk. Di hujung tanduk wak luu..di hujung rumpai air dan di hujung dahan pokok. Tapi Alhamdulillah, perburuan kami berhasil dengan mendapat ikan "keppa", spesis ikan yang aku tak tahu orang key eil panggil apa. Dan juga berjaya memeningkan kepala sebab mancing tengah panas...lepas zohor kot dah tercongok memasing kat tebing tasik!
Sekali lagi aku ingin memohon maaf kerana memungkiri janji dan Ikan Patin Gulai Asam Tempoyak tu tak ada kaitan secara langsung pun dengan ini cerita kecuali sebagai pemenuh perut kami yang lapar ni. Sekali lagi jugak dinyatakan, meals kami pada hari ini disediakan oleh Chef Acad. Sedap woo..oghang Temerloh tu aok. Nanti kalau die bukak restoran kita pakat terjah taw! Wassalam!
kA: Gambar ikan dop sempat nak amek, sampai tadi sibuk duk reply email opis. Taw-taw dah ke kuali dah hasilnya.
wah seronok, dah lama xgi memancing
BalasPadamSeronok. Nak2 time tension..
PadamRajinnya gi memancing..aktiviti yg perlu kesabaran
BalasPadamDan memerlukan topi kalau mancing tengah panas. Uhuhu..
PadamBESTNYAAAA ... hahaha takpernah gi mancing seumoq hidup .. :3
BalasPadamMancing seumoq idop pnat la dik oi.. Mancing kadang2 tu oke la..ahaha
PadamRumah tu kat tengah2 semak ka, takpe kalau hujan boleh berteduh kat situ..haha
BalasPadamSebenarnya ni rumah kawan saya..tp satu kampung dah pindah ke perumahan baru.. Jauh dari sungai. Quite creepy actually..ahahaha
Padamhahahahah...boleh ambil gambar dalam perut tu.
BalasPadamSeronoknya dapat memancing. Memang menguji kesabaran.
Haah, lepas tu demam sebab orang lain memancing tunggu bawah bayang pohon, saya memancing lepak tengah panas :P
Padamlepas subuh terus terjah sini..pilih tajuk hehe..minat mancing mesti terjah entri ni dulu. nampak port baik punya..nt pcl godek entri lain plk.
BalasPadamAla PCL, saya mancing sekadar hobby biasa je. Bukan terer pun. Tapi tempat ni best, cuma salah timing je kitorang g...sepatutnya awal pagi or petang. Ini lepas zohor.. :p
Padam