Tentu sahaja antara kita dah ramai yang pernah tengok scrambler berada di atas jalan raya.
Mengapa Motorcross atau Scramblers?
Motocross adalah sukan yang telah dicipta di United Kingdom, dan telah menjadi popular di seluruh negara-negara. Di seluruh dunia Motocross popular terutama di benua Asia. Mungkin korang tak percaya, tetapi di negara-negara Asia seperti Indonesia, Malaysia, dan Taiwan mereka lebih suka Motocross daripada mana-mana sukan extreme lain. Jadi mengapa Motocross begitu popular di Asia? Ia memang sukar untuk dijawab, tetapi memandangkan Motocross melibatkan dirt bike pada kelajuan tertinggi di kawasan yang sangat lasak, terdapat sejumlah intensiti yang sukan lain tak ada. Dalam sukan seperti bola sepak atau ragbi, berlakunya kecederaan mungkin tinggi tetapi di dalam sukan seperti Motocross, kebarangkalian untuk mati lagi tinggi!
Apabila melihat dua sukan, ia adalah mudah untuk melihat permintaan terhadap Motocross. Memandangkan populariti Motocross di Asia dan bilangan pengeluar dari Asia yang sangat banyak, ia adalah mudah untuk melihat mana satu pengeluar yang terbaik. Jadi yang dirt bike atau motocross mana yang terbaik?
Adakah Demak Scrambler adalah Dirt Bike Terbaik?
Adalah sukar untuk mengatakan jika Demak Scramblers adalah yang terbaik kerana 'terbaik' adalah satu benda yang subjektif, namun
seseorang mungkin mahu mempertimbangkan Demak Motocross. Ramai di antara pengguna mungkin tidak pernah mendengar Demak sebelum ini. Itu bukan satu perkara yang negatif, kerana Demak adalah sebuah syarikat yang sangat baru dengan lebih kurang sepuluh tahun pengalaman. Jadi mengapa ini satu perkara yang baik? Syarikat-syarikat muda cenderung untuk menjadi lebih agresif dalam menarik pelanggan, dan akan menghasilkan produk yang lebih berkualiti tinggi berbanding dengan syarikat-syarikat yang lebih mantap dengan meletakkan usaha yang kurang ke atas produk mereka.
Demak Scramblers Motocross direka dengan satu tujuan: untuk mengatasi semua yang lain. untuk menjadi jentera paling dicari oleh pelumba dalam Motocross Asia. Satu lagi perkara yang memisahkan Demak Motocross daripada jentera lain adalah fakta bahawa mereka adalah serasi dengan jenama lain. Ini bermakna jika anda perlu menggantikan spare part, tetapi tidak dapat mencari dealer Demak, anda boleh menggunakan jenama lain untuk menggantikan bahagian anda. Banyak syarikat yang tidak menawarkan spare part yang fleksibel, tetapi Demak tidak mahu pelanggan mereka terpaksa bersusah payah untuk mencari bahagian-bahagian yang mereka perlukan.
Antara model yang terhangat dan berjaya menambat hati aku adalah Demak DTM 200. Spesifikasi seperti kat bawah ni:
Dimensions : 2080 x 800 x 1160
Curb Weight : 130kg
Engine : Single Cylinder, Air Cooled, 4 Strokes
Wheel Base : 1370mm
Speed Max : ≥110km/h (Tapi rata-rata boleh cecah 130km/h)
Engine Capacity (cc) : 193cc
Compression Ratio : 9.0:1 (Jangan tanya aku, aku pun tak tahu)
Torque Max : 14kw (6000rpm)
Starter : Electric & Kick
Battery : 12 Volt 7 AH
Fuse : 15A
Brake front / rear : Disc / Disc
Front Tyre : 110/70 - 17
Rear Tyre : 130/70 - 17
Fuel Tank Capacity : 5.5 litres
Bawah ni pulak gambar-gambar yang sempat di snap masa pergi dan balik KL > KB masa ngundi hari tu.
Di samping kelasakan jentera DTM yang menjadi sebutan, harga yang rendah serta design yang diadaptasi dari KTM juga memikat hati pengguna.
Nak tahu lebih lanjut, jom join komuniti ni:
Kelab Demak DTM & Raven XCross Riders
Dekat area Bentong |
Masa sampai Benta: Kondisi masih ok walaupun 90% perjalanan menggunakan full throttle |
On the way balik KL balik: Just tegangkan rantai je masa sampai kampung dekat PCB |
Nak tahu lebih lanjut, jom join komuniti ni:
Kelab Demak DTM & Raven XCross Riders
DTM 200 ni bole layan long distance gak ke? sebab saye memang nak carik MX yg bole buat jalan jauh, masuk2 hutan trail ni x berape minat klu tengok je bole la..
BalasPadamAlhamdulillah, setakat ni oke je. :)
PadamBerapa paling laju boleh pergi motor DTM 200 ni. Tgh order warna merah hitam.
BalasPadamAku naikkan spoket depan jadi 15..belakang stended.. cecah 158. Tapi goyang la kalau bawak laju.
Padamkalau untuk dtm 150 pulak macam mana plak bgi lju..nak kena tukar apa untuk lajukan motor
PadamAda yg komplain, DTM ne lps 2 bln gne. skru bnyk yg dh longgar. mtor abg ad msalah pape x?
BalasPadamMostly yang abang dengar, semuanya okay je. Abang dah pakai 1 tahun dan 13000 km dah. Alhamdulillah..masih okay dan lasak :)
PadamBang, motard plat WXC 3708 tu. brand kawasaki ke?
PadamYup, kawa KLX150... terbaik! tapi mahal sket la..
Padamklu headlight dye mcm mtr dtm abg, mmg smart la. =D
Padamala..boleh je tukar. kat kedai 300 lebih kalau ori KTM punya..
Padamsye konfius ne, dtm n xtm lain2 brand kn?
Padamsye konfius ne, dtm n xtm lain2 brand kn?
Padamyup...dtm kluaran demak...enjin honda.. xtm taiwan..
Padamsalam tumpang tanya demak dtm 200 ni lasak ke sbab sye tringin nak beli satu
BalasPadamLasak..dalam Kelab Demak DTM ade satu group yang suka main trail. Tapi untuk lompat2 tinggi saya tak sure la bro sebab saya tak pernah lompat tinggi.
PadamOooh camtu terima kasih byak2 atas penjelasan abg khamsi
PadamDtm ni bole rendahkan x?
BalasPadamBoleh, rendahkan depan je la. Kalau belakang rendah sangat macam tak cantik dan tak praktikal.
Padamnak tanya skit dtm 150cc sama bagus dngan dtm 200cc ke sbab bajet tak cukup nak angkut yg 200cc tu
BalasPadamsatu lagi sbab sya dok kat penang belah pulau pastu payah nak cari yg murah skit...
PadamDTM200 pick up cantik.. better amek 200 la trus.
Padamsalam... nak tanya.... boleh kasi review x tuk dtm 150... sy nk buat daily pegi keje lebih kurang 75km sehari.....
BalasPadamW'salam.. nak tanya ke dah tanya ni? Pening rr...hahaha. Gurau k. Untuk DTM 150, ride daily memang sedap jugak sebenarnya... Tapi top dia kureng r kalau standard. Kena setting balik kasi top ada la baru sedap. 75km? Macam dari PD ke KL gak tu. Kalau highway, try setting top. Kalau Most of the way tu bandar, setting pickup r..BTw, thanks tanye ye.. :)
Padamthanks for de review. gempak jugak cerita kau ni pasal DTM200.
BalasPadamdekat2 rumah pakcik ada org pakai, hari2 tengok dia basuh & park moto depan rumah. nampak comel je tak besar tinggi sangat mcm moto2 scram lain...tapi x le sekecik KSR pulak..
apa komen anda berkenaan riding position, spesifiknye utk long distance?
dan boleh tak jelaskan, masa balik ngundi kemarin, yg kata full throttle all de way tu..berapa speed?
Share setakat yang saya tahu je bang. Riding position, bagi saya okay..sebab pinggang tak sakit masa balik kelantan tu. Bahu sakit sebab galas beg. Mungkin betis lenguh sikit sebab stand kaki selari dengan tubuh.
PadamFull throttle kalau jalan mendatar dapat la paling laju 151-154 kmj, tapi tak boleh selalu jugak sebab cover set "makan angin", motor cepat goyang. Kalau naik bukit cerun 130kmj rasenye..lupa la pulak. Tapi kalau nak guna atas highway, saya tukar sprocket depan naik satu mata je bang. Belakang stended...saiz rantai pon stended..kalau jalan jauh lagi baik guna saiz 520..kalau guna 428 saya tak berani. takut putus.
Tengah tanya nie hahahaha.. mcm mana dgn brg sparpart Enjen..
BalasPadam1. Enjen dia jalan air coolant kalu piston jem boleh rebow atau tukar blog terus..
2. Bhagian clucth.. brp plat? N brp spring?
Hehe..
Padam1. Tak pernah pulak jem... tapi ade je orang rebow blog. Tapi biasanya boleh..
2. Clutch plate ade 5 keping.. 4 spring.
Thanks tanye bro.
mkn minyak x?
BalasPadammaintainance ok x? cam moto biase ke ape?
full tank 5.5ltr je ke?
Minyak tak makan sangat.. KL > PD tak sampai 5 ringgit. maintenance mahal sikit la bro.. full tank tu yer.. tapi jauh boleh gi.. 26 ringgit minyak dari KL > Kelantan.. tapi tu sebelum gomen naikkan minyak ron95 lagi doplo sen la.
Padamada cara lagi x nak tambah speed sebab aku pakai dtm200 top speed boleh pegi 130kmh jer
BalasPadamBiar betik 130? boleh g lagi tu.. motor aku, aku tukar clutch plate, spring clutch, naikkan spoket depan je.. valve ade bunyi x?
PadamAsSalam nk tanya...yang arif saya baru je angkat dtm200 boleh tk klau nk kasi laju trus...kalau standard brape eh? N brape harga kalau nk tukar spocket
BalasPadamW'salam. Boleh. Standard harga ke laju ke bilangan? xD Sprocket kawan2 satu set boleh dapat dalam 60 ke 70 ringgit.
PadamOh...thanks bro for helping
PadamNo problem boss
PadamLagi satu kalau dtm 200 klau standard brape laju dia erk
BalasPadamTak tentu. Range 130kmh > 165kmh
PadamOh okay thanks bro
PadamKalau jalan jauh dri kajang smpai melaka camne okay tak? Ada apa2 yg prlu ditukar tak? Sebab sya study kt melaka
BalasPadamSet sprocket untuk long kalau nak naik laju. Tak payah tukar benda lain dah kot. Servis je la kena jaga.
PadamOhh thanks ye
PadamNo problem
Padamaskum..wrwb.. saya dari indonesia... penyuka trail... kalo saya mau beli motor ini bgaimana caranya... trus berapa harganya...???
BalasPadamWa'alaikumussalam.. maaf saya tak tahu macam mana mahu beli dari seberang. Kalau di sini harganya sekitar 6k-7k
Padamassalamualaikum abg. saya ada nmpk kdg² ada dtm pkai fender(mugguard) yg jnis straight n pendek jea. dorg pkai yg moto pe punya yea
BalasPadamWa'alaikumussalam.. DOD, XTM, Nimota n banyak lagi fender y boleh masuk. Klu nimota ranger punya ada Aprillia SXV
Padamtengs for your info bro :)
PadamNo problem bro :)
PadamSalam,saya nak tanya demak dtm ni enjin brand apa?sparepart mudah dapat ke?dari segi ketahanan enjin ok x?saya nak beli satu untuk pg keje tapi sesuai x sebab saya ulang alik keje dalam 100 km sehari..minyak jimat x??
BalasPadamEnjin spec CG125 except saiz block lain. Sparepart kalau KL senang dapat. Ketahanan setakat ni okay. Okay, tapi servis jaga. Jimat..sekali penuh tangki boleh pergi 200km lebih. Penuh tangki sekarang kalau kering dalam 14-15 ringgit. Thanks kerana sudi melawat.
PadamSalam bang! Nk tnye ni..dtm 200 ni sy nk bwk KL > terengganu ok x? Mksudnye long distance moto ni ade mslh x..takot tgh jln ade problm x? Kalau sy nk bwk standert cmtu je xnk tukar pape lg.
BalasPadamWsalam.. Okay je. Sy penah bawak balik kelantan. Pegi balik alhamdulillah..stended gaban pon menten 130 140. Nak sedap sebelum jalan tu tukar minyak itam 20 50. N jgn lupa solat hajat minta selamat prjalanan.
BalasPadamYes jwpn yg sy nk dgr..thnx!
Padamsalam bang..moto dtm 200 kwn.naik 130 jee..nk tuko sproket depan 15.pomen ckp tak muat? boleh bagi tips..nk tuko clucth spring jenis ape?
BalasPadamMuat la.. Sy pakai 15 depan, blkg stndard. Clutch samada 125 or ex5.. Y standard pnye n ori la kalau boleh. Clutch spring racing 125 pon oke rsenye..
Padamspring clucth..tu ape funtion,....tuan..spoket 520 sekarang nih depan 13 tapi besau mcm 16...
Padamyeke? saya pakai stended..520 jgak.. tp depan 15. Biar betik?
Padambtw, spring clutch tu kasi cpat sket respond clutch.. kalau lg keras..lagi kuat la die tolak clutch plate tu.. xde r meneran.
PadamBang. MLE XTM-R 200 ok tak? Ape perbezaan antara mle xtm 200 ni dgn demak dtm 200? Ape pros and cons??
BalasPadamMle wiring senang kong..tu y mmber pakai mle y cakap r. Dtm ni cons die xlaju cam superbike je.. Wiring alhamdulillah..setakat ni oke.. Bateri stnded pon tahan lama.. Dh sthun lebih sy xtukar bateri.
PadamOk trimas bnyak2
PadamBang. MLE XTM-R 200 ok tak? Ape perbezaan antara mle xtm 200 ni dgn demak dtm 200? Ape pros and cons??
BalasPadamassalamualaikum,bang...nak tanya laa...apa beza xtm200 dgn dtm200..tgh konfius nk angkat mana satu..apa kelebihan n kekurangan dia..kelajuan mana lg baguih?
BalasPadamWa'alaikumussalam.. XTM buatan MLE whilst DTM buatan DEMAK, main factory kat Kawasan Perindustrian Demak kat Sarawak. Engine adaptasi dari Honda CG125 dengan menggunakan block 200. Laju XTM tapi DTM pon laju jugak. XTM wiring tak tahan. Kenapa tak amek KLX150 terus? or Pitster PRO?
PadamSalam bang, demak dtm 150 saya baru sehari kelua. Saya nak tny knp bile dh press myk lps clutch pastu ada bunyi kat bahagian bwh? Ke yg berbunyi tu sbb myk dlm keadaan slow? Knwledge takde lg bab motor ni. Eh ha lg satu, mcm mana nk bg pickup motor ni? :)
PadamSalam bang, demak dtm 150 saya baru sehari kelua. Saya nak tny knp bile dh press myk lps clutch pastu ada bunyi kat bahagian bwh? Ke yg berbunyi tu sbb myk dlm keadaan slow? Knwledge takde lg bab motor ni. Eh ha lg satu, mcm mana nk bg pickup motor ni? :)
BalasPadamStended tu bunyi. Saya pon still tak tahu kenapa bunyi tu.. mungkin effect clutch kot. Ntah.. Bile minyak slow memang bunyi macam nak padam sket kan? Nak pick up..try bace komen kat atas tu..
PadamOh ok bro. Thanks. Btw, nk tny sprocket chain tu ape functionnye?
PadamSprocket chain? rantai yang connect sprocket depan ke sprocket belakang? or timing chain?
PadamUntuk long distance pahang ke ipoh ok ke bro ? Takut problem. Takut Tk pasal2 sangkut kt highway plk.
BalasPadamInsyaAllah okay bro.. Saya nak confirmkan tak berani pulak. Buatnye Allah nak kasi rosak ke, mana la kite tahu kan. Pape pon servis baik2 sebelum jalan jauh k.
PadamBro . Sy dah lama mengidam scram ni . Kalau sy ride perak penang . Agak agak dtm 150 okay tak ?
BalasPadamokay bro.. tp lebih baik ambik KLX150.. :)
PadamBro... Tinggi aku just 166cm... Lepas ke r nk naik dtm200... Kang terjengket2
BalasPadamTinggi saya 164cm je bro..
Padamabang.. I perempuan... tapi minat sgt dgn DTM 200 ni.. maintenance ok tak? kalau ok bulan depan nak beli.. confuse sama ada nak ambil MLE XTM-R 200 dgn DTM 200.. which one is better ek? u rasa ok ke kalau perempuan bawak scramb?mohon beri pandangan :) hehe
BalasPadamcompare 2 tu.. u should get DTM200. MLE laju.. Tapi wiring tak tahu la dah oke ke belom skarang. KLX terbaik. Alah membeli menang memakai:)
PadamLagi satu.. Perempuan memang tak sesuai pakai scram kalau nak pakai seluar ketat. Kalau pakai longgar should be no problem. Pape pon, laki or perempuan.. aurat dan pergaulan kena jaga.
PadamOk thanks 4 d opinion :) dan advice tu jugak *thumbs up* :)
PadamYou are welcome sis :)
PadamKlx 150 meter boleh pergi berapa kalau standart
BalasPadamrange 150 - 170 kot
PadamAntara xtm 200 , dtm 200 n d tracker 150 mana lagi okay long distance ?
BalasPadamofkos la dtracker except for die kecik sket..
PadamTapi saya ada terbaca yang dtracker150 meter boleh pergi sampai 120 km/h jee.. betul ke ?
PadamKlx abg standad ke ? Ke ada tukar spocket ?
PadamSaya pakai DTM 200. Member y pakai KLX tu die usik sprocket je...
Padamcc tu saiz cylinder block .. besar tu ade power.. tp mungkin spec gearbox ratio n y lain y buatkan KLX lg tggi top speed..
PadamTadi abg ada cakap yang dtracker 150 lagi okay.. boleh tahu tak sebab apa ? Masih confius lagi ni na pilih yg mana
BalasPadamdtracker 150 direka untuk onroad.. semalam ada lepak dengan kawan n tanya die pasal Dtracker150. Dtracker lagi tinggi top speed compared to KLX. Cumanya rim die diameter kecik. 16 inci kalau xsilap.
PadamBoh cara nak cek minyak hitam macam mano? Dtm200
BalasPadamtgk je kt cermin tepi sebelah cover tu enjin tu. biasanya 2000km ke 3000km sekali tukar. oleh sbb enjin DTM200 ni bukan enjin Ducati, eloklah guna minyak hitam mahal sket :P
PadamMmg kat crmn 2 sy thu .tp yg sy nk thunya prs mnyk yg sptnya.
BalasPadamY tu sy pon xtahu tuan
Padamassalamualaikum. top speed dtm 150 standard boleh cecah brapa? ape yg perlu di ubah kalau nak naikkan top? sarankan spoket saiz brapa nak pakai.
BalasPadamDepends jugak sprocket tu..xsemua motor klu setting sprocket sama.. Sbb kne setting karb lagi..n klu rendahkan mata sprocket kne tukar spring clutch gak.. Takut berat..
Padamsalam bro. saya baru angkat demak 200. macam mana nak buka seat eh?
BalasPadamAde nat kat bawah seat
Padamsalam bro. nak tanya.. dtm 150 boleh masuk carburetor TZM tak? lagi satu.. cdi ape yang elok? sbb nk tukar cdi yg baek sikit..
BalasPadamSorry bro. Xsure r..
Padamassalam bro. mana dapat spoket tu yer? saya cari spoket semua kedai ada 13 jer. ke spoket tu ada sama macam model lain? kalau ada bgtau k, senang aku cak minta kat kedai, ini tengok dtm jer terus kata takde, tak tanya lagi tu..
BalasPadamArea mana bro?
Padamdtm 200 dgn xtm 200???mne lg ok ek...pening lah...igt nk agkt 1...
BalasPadamDtm 200.. Better klx la bro..
PadamSamekom..
BalasPadamBaru kuar moto dtm200..
Nak check meter minyak kat ner..
Isi penuh..reset jd kosong. Satu tangki penuh boleh g 200km lbih. Pastu stiap kali isi minyak, reset balik..
Padamsalam bro nk tanya kalau saya beli demak D Force ok tak
BalasPadamoke sgt bro.. tp cenonet r sket.. :)
PadamBhaha tu la nk try layan pitbike cenonet skit D Force 120cc tapi kecil2 cilipadi
PadamAssalam bro. sy baru pasal motor ni. xpandai sgt. nak tau. bateri demak dtm ni kt blah mana ye. x nampak pun.
BalasPadambawah cover kat seat..
PadamSalam bro. Sy guna DTM150. Kalau sy tukar sprocket depan 17, n sprocket blakang 38 ok ke?
BalasPadammcm cmment kt atas bro ckp kene tukar clutch plate kalau dah usik sprocket. So jenis clutch plate ape yg bro suggestkan kalau dah usik sprocket mcm sy cakap td? ty bro :)
Padam:)
Padammak aih.. macam berat sangat je. Tapi try la tukar clutch plate 125z original bukan racing punya and tukar 28mm nye carburator..uma racing pon okay. Baru MYR400 kalau tak silap. Sekarang top berapa? pikap macam mana? Saiz rantai berapa?
PadamSalam bang.jangka hayat batery dtm150 bp lama? Sbb bila on kunci dh xbleh pakai starter.kena pakai kick stater.lampu plak lambat nk menyala.
BalasPadamDah brapa lama pakai? saya setahun setengah bru kong.
PadamBro nak tanya. Kalau dtm xtm and d tracker mana lagi bagus ? Sebab motor ni nak ke bawak long range . And motor dalam tiga2 mana boleh tahan
BalasPadamDTracker la.. mana boleh compare dtracker ngan lagi dua tu bang.
PadamSalam bro nak tanya,saya dah banyak baca blog lain pasal dtm nieh. Saya engat nak angkat dtm150 sebab murah tapi membe kata dtm150 standart ex5 je haa.. Macam nak kasi laju eh? Apa perlu buat? Membe ada kata usik paip haa skali usik enjin.. Hmmm.. Kalau tak saya angkat 125z jelah.maaf panjang bertanya.
BalasPadamW'salam bro..cer scroll komen2 kat atas. Dah ade orang tanye ni. Xpon ko g group facebook DEMAK DTM. Kalau nak laju pakai RR la bro..scram wat cruise or trail boleh la. Kalau nak cari moto laju, scram bukan pilihan.
PadamThis comment has been removed by the author.
BalasPadamSalam, nak Tanya minyak hitam brapa liter? Satu botol cukup tak? Tq
BalasPadamCukup. Kalau dtm 200 kene pakai y likat sikit.
PadamOkay, thanks!
PadamSama bro :)
Padamsalam bro . just nak tanya minyak 1liter cukup tak ..dalam manual kate 1.3liter ? minyak engine brand NASA ok ke ?
PadamCukup bang..udah ku bilangin tu.. pakai yang likat la. Nak sedap paka ELF, Motul, Penzoil.. NASA n Castrol pon oke. Aku kadang2 topup pakai belen minyak perodua aku je..wakakakaka
Padamohh begitu rupanya maklum la baru pakai dtm 200 1bulan ..terima kasih khamsi abdullah utk info ini..
PadamSama-sama.. motor kite ni jenis yang tak berapa nak mahal. Enjin pon sedang2 je. So, better bagi makan yang sedap sket la kan.. buat nye dia buat hal atas highway, berdarah lutut nak tolak.
PadamAku pakai demak d force 120 je bro hahaha...tu jer termampu beli kumpul duit bayar cash.buat ari2 ulang alik kje gravel 80km
BalasPadamDforce terbaik tu bang. Sayang y 160cc tu tak boleh register, kalau tak sy angkat y tu je hari tu.
Padamdtm 200 ni ..ade oil filter ke ?
BalasPadamKalau yang dimaksudkan macam LC135, takdek. Oil filter die kecik dan tak semestinya ditukar setiap kali service. So, tak tukar pon takpe, kene cuci je kalau rajin..sebab die macam jaring2 besi je.
Padamdtm 200 pagi2 mmg susah nak start kan ?
PadamSetakat ni alhamdulillah takde problem lagi nak start. Baik g cek karb or plug. Kalau starter tangan tak oke, bateri la tu..
Padamohh..gitu rupe nye terima kasih ..
PadamSama-sama. :)
Padam.
BalasPadamTaip panjang2 japgi tak keluar kat ruang komen, aish,.,.
BalasPadamSaya kerja ulang alik dari Seremban - KL setiap hari, jumlah perjalanan 152km
Motor ni tahan ke tak kalau travel camni setiap hari? Kena benti-benti ke masa jalan tu?
Saya langsung zero-knowledge bab motor ni.
Tq bang, abang hensem macam Faizal Hussien.
Tak. Baik amek KLX150 ataupun KLX250 / DTRACKER250. Ekceli...Faizal Hussien tak cukup hemsem.. ehem..
PadamSport rim or alloy rim mana satu lebih baik bang ? Alloy nampak lagi style
BalasPadampErsonally, saya prefer rim alloy :)
PadamTerbaik lah brader khamsi ni. Sabar je dia jawab. Kite yg bace pulak menyirap :p btw thanks for the questions n answers 👍👍
BalasPadamhaha..thanks baca bro. Apa yang kita tahu, kita share je.. Btw, saya dah jual dah DTM. :P
PadamAsalamualaikum bro..sye mnat scram ni..tp tnggi xmngizin kn..so ambik la dtm200..dtm 200 ni 2nd hand ok ke..2nd hand kt kdai..kdi yg slalu organize trip2 tuk motard ni..moto tu taun 2013 n mileage 19k..ok x.?sbb stgah brand moto 2nd hand je kjap je ok..pastu rosak..ape pndapat bro.?
BalasPadamAsalamualaikum bro..sye mnat scram ni..tp tnggi xmngizin kn..so ambik la dtm200..dtm 200 ni 2nd hand ok ke..2nd hand kt kdai..kdi yg slalu organize trip2 tuk motard ni..moto tu taun 2013 n mileage 19k..ok x.?sbb stgah brand moto 2nd hand je kjap je ok..pastu rosak..ape pndapat bro.?
BalasPadamWa'alaikumussalam... Easy one eh? Okay la kot. Lain motor lain perangai bro. Tgk ke mileage n tahun tu dah okay la tu. Sebab motor saya sebelum jual dulu masih cun. Janji jaga servis.
PadamMcm mana nak check minyak moto
BalasPadamMinyak motor sukat pakai mileage.. Sekali isi RM10 biasanya boleh gi 250km. Tu dalam 13liter or hampir full tank.
PadamMaknanya bro kalau KL > Ipoh 2x isi pon da cukup ye...Sy haritu balik raya nampak je pam minyak teros isi..ada la dlm 3 4x isi..hoho
PadamBro boleh bg review n pendapat pasal dforce 120 dri segi ketahanan penjagaan n sparepart . Tringin nk pkai tp ramai org komen negatif psala motor brand demak . Dilema plak saya
BalasPadamBoleh je bro. Tapi tu lah, kalau ada duit lebih, baik angkat KLX.
PadamSalam bang nak tya pasal dtm 200@klx150.
BalasPadamPart2 dtm yg prlu maintance rutin bleh tukar kapcai pya ka?.. Cth rim tayar p saiz 80@90/90/17... Set sproket... Bering.. Sy prlu mntnce yg mura cz pgrkn sya smsa krja mmg cpt mrosak2kn bnda2 tsbt.. Stiasa msk d kg2 pdlmn
Ambik KLX. Puas hati.
PadamDtm 200 atau xtm 200 yang mana lebih elok in term of kualiti n pickup kedua2 motor ni ye?
BalasPadamlebih kurang. Design n spare part je beza. XTM mahal sket spare part dia.
PadamKlx 150l boleh lalu kat highway x
BalasPadamTakut kena tangkap ngan polis
Sebab kat us xleh kan naik dirtbike kat highway
Kat malaysia bole x
Boleh. KLX150 ada roadtax.
Padamassalamualaiku, tggi dtm 150 boleh rendahkan lagi ke ?
BalasPadamassalamualaiku, tggi dtm 150 boleh rendahkan lagi ke ?
BalasPadamBoleh. Depan 2 inch cantik.
PadamSalam bang, spare part, accesories dtm boleh dpt kt mana ye kt kl?
BalasPadamDekat batu caves ada kilang demak.
BalasPadamSy guna dtm 150 sejak 2010 n xde masalah..cuma skg ni mcm nk mod skit..blh x masuk rim 19 atau 21 kt depan..
BalasPadamBoleh tuan. Hehe... kat facebook ada group kelab demak dtm. Whatsapp saya pon xpro sgt..
PadamBukak wasap grup lg best kot.. :)
BalasPadamAssalamualaikum bang,berapa kapasiti minyak utk DTM150
BalasPadamWa'alaikumussalam.. dalam 5.5liter rasanya. Penuh boleh gi 200 ke 250km
PadamSalam bang, dkt kedai ad nmpak mle xray.bg sy dr segi appearance lg cun dr xtm, ekzos dh mcm leo vince pny design.harga pn lbih kurg dlm 7.5k..mohon pandangan dr segi kualiti utk xray ni,sbb kdai ckp xray ni lg ok dr xtm yg ad issue wiring n fuel tank masuk air tu.
BalasPadamYep antara faktor dlm prtimbangan, spare part dan harga utk parts tu smua.tp motor harga murah mgkin spare part pn tak mahal,parts availability kalo kt area lembah klang ni pn xde mslh kot.cuma kualiti tu yg buat risau skit.hehe
PadamActually parts original MLE mahal bro.. Kawan saya pakai.. hari tu wiring satu body rosak..
PadamAhh sudah.poning den.mahal la plk dia pny parts.ok2 tq bro khamsi.kena hold dl la nmpk gaya,survey yg lain plk.adehhh
PadamTry tanye boleh pakai spare part motor lain tak.. macam demak boleh pakai honda punya part.. scram ni kena pandai kacuk2 barang je bro.. kalau barang ori mahal, cari barang brand lain yang sama spec.
BalasPadamSalam Saudara khamis abdulah.. Dtm200 ada oil filter engine oil kar?
BalasPadamTiada bos..
PadamSalamun Alaikum,
BalasPadamNak tanya sikit, saya dah pakai DTM 200 sejak tahun 2014, skrang ada masaalah, leaking dekat area absorber belakang, mekanik kata absorber dah pecah, tapi nampak mcm keluar minyak dekat host besar yg datang drpd engine, lagi satu bunyi dia dah semakin kasar mcm bunyi engine nak pecah. Tapi saya main bwk pekakkan telinga je. Motor digunakan ulang-alik kerja drpd Bandar Tasik Puteri ke Wangsa Maju lebih kurang 120km pergi balik. Agak2 bro ade dngar saper2 yg ada problem mcm nie tak?
Waalaikumussalam.
PadamKena gi cek betul2. Bukak apa yang patut tu. Kalau absorber pecah..bawak rasa bergoyang dan beralun alun. Saya rasa bos kena bawak pergi kilang delat batu caves sana. Kalau enjin leaking dan minyak hitam keluar banyak, takut jem tengah jalan. Bahaya tu bos.
Assalamuaaikum,
BalasPadamSy nak amek dtm 150 tapi 2nd hand je la yg mampu..
Sy nak tnye, kalo enjin standard tapi ekzos bunyi pranggg, ade masalah ke kat enjin tu??
Wa'alaikumussalam,
PadamEnjin standard kalau ekzos tak stendet bunyi kuat tu stended. Kalau bunyi enjin nk hancur tu lain pulak bos.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamAssalamualaikum,
PadamSya nk tye dekat mane nk cari fork d force 120 yg second hand atau yg murah2..
Wa'alaikumussalam.. boleh try search kat group FB. Saya pun tak arif sangat pasal barang DForce. Kalau nak harga kilang, boleh ke batu caves terus/.
PadamOk terima kasih..
PadamBang,klx150 boleh kalahkan dtm200 punya high speed tak? :)
BalasPadamkalau standard..boleh. Kalau biking depends.
PadamMacam moto mask rider pun ada jugak...
BalasPadamsalam. kalau nak slow kan bunyi motor ni camne eh?
BalasPadamBunyi ekzos ke engine?
PadamSalam bang, boleh bagi idea tak bang nak pakai spocket berapa? So far sekarang saya pakai 13 depan, 38 belakang. Saya nak ride jauh ni bang. JB-TAPAH. Lepas tu abg ada tahu tak mana boleh dapat spare part dengan mudah. So far puas saya tanya kedai semua takder. Saya cod JB. Terima kasih
BalasPadamJB x tahu bro.
PadamSlm bang nk tnye... Npe lampu dpn blkng hidup ... Tpi signal x nk idup.... Ap mslah nye tu bng... Try bgi solution skettt
BalasPadamWsalam.. cek connector suis signal. Senang masuk air tu
BalasPadamSblom nie ok je bang tpi ad stu hari tu ... Wire signal blakang terkena wire hitam... Pastu tetibe je x leyh ... Masalah ap tu bang wire lampu je bolej
PadamAlamak, ke short? Masalah biasa kat suis lampu.. mungkin shrt la tu.
PadamAssalamu'alaikum Khamsi Abdullah...
BalasPadamgigih menjwb setiap soaln w/pn dh x pakai motor ni.
nk mntk cdgn la jnis motor y mn sesuai utk perjln sy dr bentong ke melaka.sy stiap 5 hari kj n 5 hari off.
x tahan la dgn kreta.huhuhu.
minat scram tp x thu sesuai ke x.dh lm x tunggang motor ni.
Assalamu'alaikum Khamsi Abdullah...
BalasPadamgigih menjwb setiap soaln w/pn dh x pakai motor ni.
nk mntk cdgn la jnis motor y mn sesuai utk perjln sy dr bentong ke melaka.sy stiap 5 hari kj n 5 hari off.
x tahan la dgn kreta.huhuhu.
minat scram tp x thu sesuai ke x.dh lm x tunggang motor ni.
Wa'alaikumussalam... Jauh tu. Bajet berapa bos? DTM saya tak reccomend.. Mungkin boleh try KLX klu minat scram ataupun boleh try yamaha 150 FZ or YZ. Kalau ada pape dlm perjalanan senang.
PadamSalam, sy nk beli motor xtm 200 ni.spare part snng cari ke kt kl? Motor ni taun 2014.sy nk berulang dr setapak ke subang.sy pompuan.hihi.tinggi sy 160 ok ke bwk moto tu.ke sy yg pendek...tq bro
BalasPadam